Penyanyi dan pelakon, Elliza Razak terpaksa bersuara mengenai isu hutang membabitkan bekas suaminya, Khairul Adzwan Nasir disebabkan sudah tidak mampu lagi memendam masalah itu seorang diri.
Artikel Berkaitan: Elliza Razak Tertekan, Dakwa Diganggu Gara-Gara Hutang Bekas Suami – ‘Dah 4 Bulan Tak Bagi Nafkah Anak’
Jadi pak sanggup

Menerusi hantaran di Instagram Story, Elliza, 41, berkata, dia enggan terpalit dengan isu berkenaan kerana mereka bukan lagi pasangan suami isteri dan memberi amaran kepada Khairul untuk menyelesaikan masalah itu.
Saya ini bagai nak gila mencari rezeki, ke sana ke mari, tidur pun boleh kira berapa jam sahaja. Dengan uruskan segala perkara seorang diri tanpa bantuan sesiapa pun setiap hari.
Sebelah sana (pihak suami) rileks. Saya kali ini memang tak boleh nak simpan dah sebab terkena saki baki taik (masalah) yang dibuat.
Kepada keluarga sebelah sana, tolong selesaikan masalah dia. Saya sikit pun tak akan ambil tahu dah fasal apa nak jadi dengan dia. Sebab kami sudah tiada pertalian. Dia orang luar bagi saya dan dia tak penting dalam hidup saya.
Saya terlalu penat nak menutup mulut selama ini. Semakin saya diam semakin keluar satu-satu masalah yang saya kena tanggung.
Berasa serik kerana pernah mengabdikan diri dengan orang yang salah, Elliza turut mendakwa bekas suami culas menjalankan tanggungjawab terhadap anak mereka.
Jadi kali ini tolong cuci taik awak sendiri. Saya tidak mahu lagi jadi pak sanggup awak. Lama saya mengabdikan diri dengan orang yang salah.
Tak nak hirau hal anak pun tidak mengapa. Ulang tahun keahiran anak sendiri pun tak dihiraukan. Jadi tak perlu nak berdrama konon saya tak bagi jumpa atau hubungi anak. Hidup jadi tersakiti, play victim.
Dalam pada itu, Elliza berharap, pihak pengutip hutang tidak lagi mengganggu atau mencarinya berkenaan isu hutang bekas suami.
Ini adalah mesej terakhir saya kepada awak dan semua orang yang pernah di scam serta dipinham duit oleh dia. Jangan ganggu saya dan anak-anak lagi. Jangan lagi hubungi saya.
Sebelum ini, Elliza mengakui hidup diselubungi ketakutan akibat berdepan gangguan pengutip hutang melibatkan bekas suaminya.
Untuk rekod, Elliza dan Khairul Adzwan Nasir berkahwin pada 11 November 2011. Namun mereka bercerai pada Februari 2024.
Sumber: Instagram
The post ‘Tolong Cuci Taik Awak, Saya Tak Mahu Jadi Pak Sanggup’ – Elliza Razak Bersuara Isu Hutang Bekas Suami first appeared on OHBULAN!.





