26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #BabyXTRA: Pernah Habis Simpanan, Berhenti Berlakon 11 Bulan… Shahz Jaszle Imbas Fasa Jadi Bapa – ‘Itu Pengorbanan Saya Paling Dahsyat’

    Shopee Sale

    Bergelar ibu atau bapa buat kali pertama bukanlah satu perjalanan yang mudah, lebih-lebih lagi apabila perlu menyesuaikan diri dengan rutin baharu, tanggungjawab yang semakin besar serta pelbagai cabaran yang datang tanpa diduga.

    Bagi pelakon Shahz Jaszle, pengalaman menyambut kelahiran anak pertama menjadi antara fasa paling mencabar dalam hidupnya sehingga dia sanggup mengetepikan kerjaya demi memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga.

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: Makin Berusia Makin ‘Hot’? Shahz Jaszle Dedah Kenapa Lelaki Matang Ada Tarikan Tersendiri

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Suka Duit, Jadi Saya Tak Pilih Watak, Asalkan Job Itu Sesuai’ – Shahz Jaszle

    Pengalaman Pertama Jadi Bapa Agak Sukar

    Menerusi #BabyXTRA, sebuah segmen khas yang membawa pembaca mengenali sisi sebenar selebriti ketika melalui kehidupan sebagai ibu dan bapa. Segmen ini turut mengetengahkan pengalaman kehamilan, proses kelahiran, cabaran menjaga anak serta perubahan yang dialami selepas berkeluarga.

    Bagi edisi #BabyXTRA minggu ini, Shahz berkongsi sisi peribadinya sebagai seorang bapa termasuk pengorbanan besar yang pernah dilakukan ketika menyambut kelahiran anak pertama.

    Menurut Shahz, fasa menjadi bapa buat pertama kali merupakan antara tempoh paling mencabar dalam kehidupannya apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti berlakon selama hampir setahun demi memberi sepenuh perhatian kepada anak.

    Membesarkan anak pertama sangat mencabar, saya sampai berhenti berlakon 11 bulan untuk jaga anak.

    Masa itu semua benda tak tahu, belajar sendiri. Gagal, down, buat lagi sampai habis savings sebab memang tak kerja langsung.

    Itu fasa paling mencabar dalam hidup saya dan berhenti kerja itu pun pengorbanan paling dahsyat dalam hidup saya.

    View this post on Instagram

    A post shared by Nur Hanis Husna Mohd Nadzree (@hanis_husna)

    Pengalaman Buat Semuanya Jadi Lebih Mudah

    Bagaimanapun, pengalaman menjaga anak pertama menjadi bekalan penting buat Shahz apabila dikurniakan anak kedua dan ketiga.

    Katanya, perjalanan sebagai seorang bapa menjadi lebih mudah apabila dia sudah memahami rutin serta cabaran dalam membesarkan anak.

    Bila dah ada anak kedua dan ketiga itu makin senang sebab kita dah ada pengalaman, pernah lalui. Parenting is not easy, but I like it.

    Biarpun mengakui tugas membesarkan anak bukan sesuatu yang mudah, Shahz melihat perjalanan tersebut sebagai satu pengalaman yang cukup bermakna dalam kehidupannya.

    MENARIK:  [VIDEO] Lelaki 54 Tahun Meninggal Dunia Ketika Syok Berdangdut Atas Pentas

    Shahz ‘Good Cop’, Isteri Pula Lebih Garang

    Berkongsi mengenai pendekatan mendidik anak-anak pula, Shahz secara berseloroh mengakui dirinya memegang peranan sebagai ‘good cop’ dalam keluarga.

    Malah katanya, anak-anak lebih cenderung mencarinya sekiranya mahu meminta sesuatu.

    I’m a good cop. My kids akan look for me. Mereka nak minta barang, makanan atau nak beli apa-apa akan cari saya. Isteri saya selalunya akan jadi the bad cop sebab dia garang.

    Namun, itu tidak bermakna Shahz terlalu memanjakan anak-anaknya. Sebaliknya, pelakon itu mengakui dirinya tetap seorang bapa yang tegas tetapi dalam masa sama mahu memberikan ruang dan kebebasan kepada anak-anak.

    View this post on Instagram

    A post shared by Nur Hanis Husna Mohd Nadzree (@hanis_husna)

    Mahu Hubungan Dengan Anak Kekal Rapat Sampai Dewasa

    Bagi Shahz, hubungan rapat antara bapa dan anak penting supaya mereka berasa selesa untuk berkongsi apa sahaja apabila semakin meningkat dewasa.

    Justeru, dia mahu memastikan dirinya bukan sekadar dilihat sebagai seorang bapa, tetapi juga individu yang boleh dipercayai dan dianggap seperti seorang sahabat.

    Saya seorang ayah yang tegas tapi masih ada freedom terhadap anak-anak saya sebab saya percaya no matter how I control my kids, at the end of the day saya seorang bapa yang nak rapat dengan anak-anak macam kawan.

    Supaya kita boleh hangout sampai mereka besar. Saya didik anak-anak saya supaya mereka selesa untuk berkongsi apa-apa sahaja dengan saya.

    The post #BabyXTRA: Pernah Habis Simpanan, Berhenti Berlakon 11 Bulan… Shahz Jaszle Imbas Fasa Jadi Bapa – ‘Itu Pengorbanan Saya Paling Dahsyat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah