Pelakon Janna Nick tampil mempertahan dan memberi sokongan kepada usahawan, Khairul Aming, selepas melihat reaksi negatif segelintir pihak terhadap kejayaannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Menangis Kenang Arwah Bapa – ‘Dulu Nak Beli Ubat Tak Ada Duit, RM50 Pun Saya Tak Mampu Nak Bagi’
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kecewa Dilabel Kapitalis – ‘Bila Usahawan Tempatan Nak Buat Jadi Serba Tak Kena
Janna Nick pertahankan Khairul Aming
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Janna mengakui dia bersimpati melihat Khairul Aming yang sedih selepas ada yang melabelnya sebagai seorang kapitalis.
Simpati tengok KA sedih sebab orang cakap dia capitalist.
Menurut Janna, orang ramai hanya melihat kejayaan usahawan itu tanpa mengetahui usaha, pengorbanan dan cabaran yang dilaluinya untuk berada di tahap tersebut.
Yang kita nampak RM4 juta dalam beberapa jam tu ja, tapi tak tahu dan tak faham macam mana dia usaha untuk sampai tahap tu.
Belum kira staff, overhead costs & mcm mcm benda dia kena tanggung (bukan sikit & bukan boleh terus give up kalau PENAT)
Dalam pada itu, Janna turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mematahkan semangat individu lain hanya kerana mereka sendiri tidak mampu melakukan perkara yang sama.
Kita ni kalau tak mampu nak usaha sampai berjaya, janganlah pula kita mematikan semangat dan usaha orang lain.
Kepada KA, ignore the negativity. Ramai lagi yang inspired dan bangga dengan KA. Keep going.
Sumber: Threads
The post Dilabel Kapitalis, Janna Nick Pertahan Khairul Aming – ‘Abaikan Negativiti, Ramai Yang Terinspirasi & Bangga Dengan KA’ first appeared on OHBULAN!.





