30.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siti Nurhaliza Dominasi AIM25 Dengan 14 Pencalonan, Ini Senarai Penuh Setiap Kategori

    Shopee Sale

    Persaingan merebut trofi Anugerah Industri Muzik Ke-25 (AIM25) semakin sengit apabila senarai Top 5 bagi 27 kategori dipertandingkan kini diumumkan.

    Siti Nurhaliza dominasi pencalonan AIM25

    Biduanita Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza muncul sebagai antara calon paling dominan di AIM25 apabila meraih 14 pencalonan dalam lapan kategori, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai artis yang paling banyak mendapat pengiktirafan dalam edisi kali ini.

    Antara kategori yang menyaksikan Datuk Seri Siti Nurhaliza tercalon ialah Vokal Wanita Terbaik, Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik, Album Terbaik, Susunan Muzik Tebaik Di Dalam Lagu, Lagu Perayaan Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan Rakaman Lagu Terbaik.

    Aisha Retno pula tercalon dalam kategori Vokal Wanita Terbaik menerusi Tak Adil, Lagu Pop Terbaik menerusi Diari Air Mata, Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik menerusi Jeda, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi O.R.B.I.T, Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik menerusi [RE.HAB].

    Sementara itu, Mimifly menerima pencalonan dalam kategori Video Muzik Terbaik menerusi Serumpun dan Temberang, Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik menerusi Temberang, Lagu Etnik Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik menerusi Nara, serta Lagu Perayaan Terbaik menerusi Serumpun.

    Hael Husaini pula tercalon dalam kategori Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik menerusi Peluk, Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem Atau Drama menerusi Alangkah Perfect, Lagu Perpaduan Terbaik menerusi Bangkit Malaysia, Susunan Muzik Terbaik menerusi Peluk dan Lagu Perayaan Terbaik menerusi Meriah Lain Macam.

    Berikut merupakan senarai penuh pencalonan:

    Bagi kategori Artis Baru Terbaik, lima nama yang mara ialah Rezza Shah menerusi Mungkin, Ary Hussin (Luka Terpaling Dalam), QalG- (Sepi), Alpha (Mona Lisa (Bang Bang)) dan Yusuf Kassim (Sebelum Mata Terpejam Selamanya).

    Sementara itu, kategori Vokal Lelaki Terbaik menyaksikan Hazama menerusi Aku Bukan Narsisis, Pasya (Aku Bukan Cinta), Ryenald Guntabid (Gagal Setia), Arddley Nicholas (Sandiwara Cinta) dan Syamel (Beribu Tanda Tanya) berjaya melangkah ke Top 5.

    Bagi Vokal Wanita Terbaik, saingan menyaksikan Liza Hanim dengan Jeda Derita, Shila Amzah (Pernah Punya Aku), Aisha Retno (Tak Adil), Marsha Milan (Tangisan Seorang Pendosa) serta Datuk Seri Siti Nurhaliza (Kesuma).

    Kategori Vokal Kumpulan Terbaik pula menampilkan Fetya menerusi Balaklava, KRU (Agung), Madinah (Rindu Kubah Hijau), Alpha (P Ramlee Saloma) dan Inteam (Satukan Kami Di Syurga).

    Dalam kategori Kugiran Terbaik, lima calon yang berjaya mara ialah Ramayan menerusi Cita Cita Asmara, Jazleen (Liar), Akim & The Majistret (Gasoline), Patriots (Fracture) serta Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Amir Masdi (Mahkota).

    Bagi kategori Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik, lima pencalonan terdiri daripada Adira Suhaimi dan Black Hanifah menerusi Memilih Kamu, 4forty dan Jaclyn Victor (Cinta Sampai Akhir), Aina Abdul dan Amir Jahari (Ayuh Pulang), Hael Husaini dan Nadeera (Peluk) serta Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Amir Masdi (Mahkota).

    Kategori Video Muzik Terbaik pula menyaksikan Mimifly dengan Serumpun, Dabra Sia dan Tuni Sundatang (Tangon II: Sundu Bambarayon), Firdhaus (Nice Try), Firdhaus dan Jeryl Lee (Eat Well) serta Mimifly (Temberang) sebagai lima calon terakhir.

    Bagi Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem Atau Drama, lima karya yang berjaya mara ialah Demi Kebenaran nyanyian Insomniacks untuk Papa Zola The Movie, Alangkah Perfect oleh Hael Husaini untuk Thariq Ridzuwan: His Treasure, Generasi Perfect 10 oleh Arena Wan untuk Generasi Perfect 10, Srikandi oleh Asmidar untuk Srikandi dan Aku Bukan Narsisis nyanyian Hazama untuk Dia Bukan Syurga.

    Dalam kategori Lagu Rock Terbaik, Aepul Roza dan Sharul Kamal menerusi Bayangan, Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Amir Masdi (Mahkota), Hazama (Aku Bukan Narsisis), Akim & The Majistret (Gasoline) serta Faizal Tahir (Bila Sampai Waktu) berjaya berada dalam kelompok Top 5.

    Kategori Lagu Pop Terbaik pula menampilkan Dolla dengan Question, Naim Daniel dan Adnin Roslan (Seni Berdamai Dengan Takdir), Alpha (P Ramlee Saloma), Amira Othman (Dalam Sujudku) dan Aisha Retno (Diari Air Mata).

    MENARIK:  [VIDEO] Fattah Amin Nafi Curang, Sedih Fazura ‘Keluar’ Tuduhan Tidak Setia – ‘Saya Ada Bukti’

    Bagi Lagu Rap/Hip Hop Terbaik, lima calon ialah Killa Driz, Sonaone dan Joe Flizzow menerusi Last Time, Joe Flizzow (501), Kmy Kmo, Luca Sickta dan Salammusik (Kemana Ni), K.O.I (Meta Dergama) serta Yonnyboii dan Malique (Tanya Tuhan).

    Kategori Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik menyaksikan Aisha Retno dengan Jeda, Stacy (Mega Ching!), Erika Foo (Gula-Gula), Mimifly (Temberang) dan Ernie Zakri (Dansa) berjaya mara ke Top 5.

    Sementara itu, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menampilkan Julia Duclos menerusi Look And See, Kidd Santhe (Ambani Money), Dolla (Mwa! (English Version)), Sonaone (Stamina) dan Aisha Retno (O.R.B.I.T).

    Bagi kategori Lagu Cina Tempatan Terbaik, lima calon terdiri daripada Firdhaus menerusi Nice Try, Yise Loo (Love Yourself), Joshua (Took Me Apart), Firdhaus dan Jeryl Lee (Eat Well) serta Firdhaus (One Last Song)

    Kategori Lagu India Tempatan Terbaik pula menampilkan Buggimaan menerusi Pache Maina dan Kadhal War, Zubir Khan (Psycho), Jb Manimaran dan Thiban (Poo Thendraley) serta Yoshiny dan Thiban (Gothic Kathal).

    Dalam kategori Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik, lima karya yang berjaya mara ialah Nostalgia nyanyian Ernie Zakri, Sesaat oleh Aina Abdul, Cenderamaya oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kumbang Bunga oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Lesti serta Jenjang Cinta oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Melly Goeslaw.

    Bagi Lagu Nasyid Terbaik, Yusuf Kassim dengan Sebelum Mata Terpejam Selamanya, Iwan Syahman (Malam Pertama Di Syurga), Munif Hijjaz dan Far East (Asma’ Dzatun Nithaqain), Inteam (Satukan Kami Di Syurga) serta Halim Ahmad (Fitnah Akhir Zaman) berjaya menduduki kelompok Top 5.

    Kategori Lagu Etnik Terbaik pula menyaksikan Marsha Milan menerusi Pelangi Pasti dan Nalan Nalan, Baby Shima (Maya Hari Gawai), Siti Nordiana (Ahai) serta Mimifly (Nara (From ‘Honor Of Kings’) sebagai calon yang berjaya mara.

    Bagi Lagu Perpaduan Terbaik, lima karya yang bersaing ialah Bangkit Malaysia oleh Hael Husaini, Matahari Malaya oleh Mc Syze dan Noh Salleh, Asean – Our Land, Our Home oleh Aina Abdul, 31.8.57 oleh Faizal Tahir serta Cinta Negara, Selamanya oleh Stacy Anam.

    Kategori Lagu Tradisional Terbaik menyaksikan Haziq Rosebi dengan Nurlela, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan Kesuma, Rencong, Hujung Bumi dan Pesanan Buat Diri masing-masing turut berjaya mara ke Top 5.

    Dalam kategori Lagu Borneo Terbaik, Elica Paujin menerusi Potilombuson, Eylia Guntabid (Sumanwagu (Sumandak Tanakwagu)), Julai Billie (Nadai Dua Tiga), Den Bisa (Lampa-Lampa Pisang) serta Mawat (Dayang Bintang) menjadi lima calon yang bakal bersaing.

    Sementara itu, kategori Album Terbaik menampilkan Shila Amzah dengan Sa25, Naim Daniel dan Adnin Roslan (Lelaki Gila), Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Gema Bumantara), Aisha Retno ([RE.HAB]) serta Faizal Tahir (Jati Diri).

    Bagi Kulit Single/Album Terbaik, lima calon ialah Suki Low dengan Anugerah Hati, Intan Maya (Sangka Kau Suci), Hazama (Aku Bukan Narsisis), Marsha Milan (Misompuru) dan Agy (Jadi Aku).

    Kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu pula menyaksikan Dabra Sia dan Tuni Sundatang dengan Tangon II: Sundu Bambarayon, Hael Husaini dan Nadeera (Peluk), Aziem Rashidi dan Teman Lelaki (Satu Bunga), Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Pesanan Buat Diri) serta Mimifly (Nara) berjaya mara.

    Bagi kategori Lagu Perayaan Terbaik, lima karya yang tersenarai ialah Jom Raya oleh Daiyan Trisha, Meriah Lain Macamoleh Hael Husaini dan Nadeera, Raya Nak Ke Mana? oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Serumpun oleh Mimifly serta Jodoh Hari Raya oleh Dayang Nurfaizah.

    Kategori Rakaman Album Terbaik pula menyaksikan Shila Amzah dengan Sa25, Bahtera (Aura Cintaku), KRU (Kaset), Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Gema Bumantara) dan Aisha Retno ([RE.HAB]) berjaya mara ke Top 5.

    Akhir sekali, bagi Rakaman Lagu Terbaik, lima calon yang berjaya melangkah ke peringkat akhir ialah Elica Paujin menerusi Terbaik Untukku, Akim & The Majistret (Gasoline), Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Kesuma), Alpha (P Ramlee Saloma) serta Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Pesanan Buat Diri).

    The post Siti Nurhaliza Dominasi AIM25 Dengan 14 Pencalonan, Ini Senarai Penuh Setiap Kategori first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah