30.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kakak Melinda Dadew Bakal Ambil Tindakan, Individu Tuduh Adik Bermain Cinta Dengan Aliff Aziz

    Shopee Sale

    Kakak kepada penyanyi, Melinda Dadew yang dikenali Missphris Painol dipercayai akan mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa membuat tuduhan palsu sehingga menjatuhkan maruah adiknya.

    Artikel Berkaitan: M.Nasir Yakin Aliff Aziz Miliki Kriteria Lengkap Jayakan Teater ‘Mansur & Liu’ – ‘Dia Pelakon Kedua Paling Tampan Di Malaysia’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] M.Nasir Enggan Komen Dakwaan Teater Mansur & Liu Bakal Diboikot – ‘Adalah Dalam Empat Orang’

    Ambil tindakan

    View on Threads

    Missphris berkata dia telah menyimpan tangkap layar hantaran berkenaan sebagai bukti dan akan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

    Kata Missphris lagi, individu itu seharusnya berfikir dua kali sebelum membuat kenyataan palsu dengan berselindung di sebalik akaun palsu.

    Melabel, menghina atau membuat kenyataan palsu serta menjatuhkan maruah seseorang bukanlah perkara yang boleh dilakukan sesuka hati di media sosial tanpa sebarang akibat.

    Hantaran tersebut telah didokumentasikan, dan perkara ini akan saya laporkan kepada pihak PDRM dan MCMC untuk tindakan serta siasatan lanjut.

    Saya telah mengambil tangkap layar hantaran tersebut dan menyimpan segala bukti yang berkaitan. 

    Awak mungkin perlu berfikir semula sebelum terus bersembunyi di sebalik akaun palsu.

    Katanya, walaupun hantaran tersebut telah dipadam namun bukti yang mengatakan individu berkenaan memperlekehkan adiknya tetap tidak akan hilang kerana telah disimpan dalam bentuk tangkap layar.

    Jadi, nikmatilah perhatian yang awak dapat sementara masih ada. Perlu diingat, tangkap layar tidak akan hilang hanya kerana hantaran tersebut dipadam.

    Terdahulu, seorang individu telah memuat naik tangkap layar daripada Instagram Story (IG Story) pelakon Aliff Aziz yang memaparkan dirinya sedang menjalani latihan bersama Melinda bagi pementasan teater Mansur dan Liu.

    MENARIK:  Syed Saddiq Maklum Persiapan Nikah Berjalan Lancar, Tarikh Ijab Kabul Masih Rahsia – ‘Beberapa Bulan Lagi’

    Individu itu mendakwa kedua-duanya sudah menjalinkan hubungan istimewa susulan aksi mesra yang dipamerkan dalam hantaran tersebut.

    Sumber: Threads

    The post Kakak Melinda Dadew Bakal Ambil Tindakan, Individu Tuduh Adik Bermain Cinta Dengan Aliff Aziz first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah