Industri seni sering dilihat sebagai ruang yang penuh dengan glamor, populariti dan peluang untuk dikenali ramai.
Namun di sebalik sorotan kamera, seseorang artis perlu memiliki disiplin, ilmu serta sikap yang betul untuk terus bertahan dalam industri yang sentiasa berubah.
Artikel Berkaitan: Viviana Mohon Tidak Hina Fizikal, Linda Jasmine Tampil ‘Backup’ – ‘Awak Cantik & Berbakat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tangan Dipegang, Kaki Diikat & Dia Tarik Rambut Saya..’ – Anak Ani Mayuni Dakwa Pernah Jadi Mangsa Buli
Merendah Diri, Hormat Artis Legenda
#TipsXTRA merupakan segmen yang mengetengahkan perkongsian, nasihat serta pandangan selebriti mengenai kehidupan, kerjaya, hubungan dan pembangunan diri yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.
Menerusi segmen #TipsXTRA, penyanyi meningkat naik, Viviana berkongsi beberapa nasihat penting kepada mereka yang baru mahu melangkah masuk ke dunia hiburan yang mengingatkan mereka agar tidak mudah berasa selesa atau menganggap diri sudah cukup hebat selepas memperoleh tempat dalam industri seni.
Anak kepada selebriti Ani Maiyuni berkata nasihat tersebut turut pernah disampaikan oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mesra dipanggilnya sebagai Mak Iti.eni.
Jangan pernah berhenti belajar. Seperti mana Mak Iti pernah cakap, perkara itu memang betul. Ilmu memang tidak ada penghujung.
Walaupun kita rasa diri sendiri sudah bagus, kita tetap perlu belajar lagi. Jangan pernah terlalu bangga dengan diri sedangkan ilmu yang kita ada masih belum banyak.
Pada masa sama, Viviana turut menekankan kepentingan menghormati penyanyi senior serta figura legenda yang telah lama membina nama dalam industri hiburan tanah air.
Baginya, artis generasi baharu bukan sahaja perlu mengenali karya dan perjalanan kerjaya mereka, malah perlu menghargai pengalaman yang dimiliki oleh golongan terdahulu.
Tolong ada rasa hormat terhadap penyanyi lama dan artis legenda tanah air. Kita kena kenal siapa mereka.
Sebagai artis baharu, jangan pernah bersikap sombong terhadap mereka. Mereka sudah lebih dahulu makan garam dan lebih mengetahui gaya kerja dalam industri.
Dalam mengejar impian, Viviana percaya usaha perlu diseimbangkan dengan doa serta hubungan yang dekat dengan Allah.
Doa pun penting. Kalau kita sudah berusaha tetapi tidak mendekatkan diri dengan Allah, kita tidak akan memperoleh apa-apa,.
Nasihat Viviana itu menjadi peringatan populariti semata-mata tidak mencukupi untuk memastikan seseorang artis mampu bertahan lama dalam industri.
Selain bakat, sikap merendah diri, kesediaan menerima teguran, menghormati mereka yang lebih berpengalaman serta kemahuan untuk terus belajar merupakan antara nilai penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendatang baharu.
The post #TipsXTRA: Masuk Industri Bukan Sekadar Mahu Popular, Viviana Tekankan Ilmu & Adab first appeared on OHBULAN!.





