28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    TikTok Shop Raya Bazaar Bawa Shopping Online Ke Dunia Nyata, Siap Jumpa Artis Lagi

    Shopee Sale

    Kalau korang jenis last minute cari baju raya, tudung, periuk baru untuk masak rendang atau nak restock skincare sebelum balik kampung, this is your sign!

    TikTok Shop Raya Bazaar turun padang di IOI City Mall!

    Buat pertama kalinya, TikTok Shop Raya Bazaar bakal berlangsung selama 4 hari bermula 5 hingga 8 Mac di Putrajaya Convention Center, IOI City Mall.

    Acara ini dikuasakan oleh TIME dotCom Berhad (Time Internet), dan paling menarik, konsepnya menggabungkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian dengan kemeriahan bazar secara fizikal.

    Beli & bawa pulang terus, tak perlu tunggu delivery

    Selalu kita shopping online, lepas tu tunggu parcel sampai. Tapi kat sini, korang boleh:

    • Shop guna TikTok Shop dengan voucher menarik
    • Dapat diskaun kaw-kaw
    • Terus ambil dan bawa balik barang

    Confirm rasa puas hati sebab boleh pegang dan tengok depan mata dulu sebelum beli.

    80 booth brand popular, semua ada!

    Nak cari apa untuk Raya? Semua ada!

    Daripada fashion, skincare, kosmetik sampai home & living, lebih 80 brand join sekali. Antaranya:

    • Bulan Bintang
    • Siti Khadijah
    • Milo
    • Nongshim

    Memang boleh settle semua keperluan Raya dalam satu tempat je!

    Bila shopping pada bulan puasa ni mesti ramai yang risau, kat mana nak berbuka, lepas tu nak solat pula. Haa..kat sana nanti, akan disediakan ruang iftar dan solat untuk pengunjung.

    Jadi kalau datang waktu petang sampai malam, tak perlu risau nak berbuka atau cari surau. Memang mesra pelanggan.

    Siap boleh jumpa artis & creator kegemaran korang!

    Bukan setakat shopping je, korang juga boleh meet & greet selebriti dan creator popular secara depan-depan.

    Antara line-up yang confirm buat korang excited:

    • Siti Nurhaliza – 5 Mac 2026, 12PM–2PM (SimplySiti & Afiya)
    • Khai Bahar – 6 Mac 2026, 3PM–5.30PM (Coco Cado)
    • Khairul Aming – 6 Mac 2026, 5PM–7PM
    • Erra Fazira – 6 Mac 2026, 8PM–10PM
    • Mierul Aiman – 7 Mac 2026
    • Almiyaz – 7 Mac 2026
    • Eira Syazira – 8 Mac 2026

    Bayangkan tengah shopping baju raya, tiba-tiba boleh jumpa artis favourite. Memang TikTok Shop LIVE in real life!

    Deals Raya sampai 80%, serius tak main-main

    Kalau korang jenis suka dan selalu tertunggu-tunggu diskaun, ini memang untuk korang!

    Antara tawaran menarik:

    • Diskaun sehingga 80% untuk keperluan Raya
    • 72 Hour Fashion Never Sleep Live Blitz (1–3 Mac) – livestream khas untuk baju raya daripada brand popular macam Bulan Bintang, Zoe Arissa, Habib dan banyak lagi. Siap ada baucar tambahan sehingga 50%!
    • Tawaran Jimat Gila – diskaun sehingga 50% setiap hari jam 8 malam
    • RM10 Deals – siapa cepat dia dapat
    MENARIK:  [VIDEO] Sarimah Ibrahim & Zamarul Hisham ‘Cover’ Babak Terhantuk, Netizen Puji – ‘Dua-Dua In Character, Nampak Real’

    Memang waktu terbaik nak grab outfit sedondon satu family.

    Instant Delivery – sesuai untuk yang last minute

    Untuk yang duduk di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang, korang boleh pilih Instant Delivery sewaktu checkout sebelum jam 3 petang.

    Barang boleh sampai hari yang sama, siap ada baucar tambahan sampai 20% untuk seller terpilih. Memang penyelamat untuk yang suka shopping last minute sebelum balik kampung.

    Beli keperluan balik kampung paling laku di TikTok Shop

    Menariknya, sepanjang Ramadan ni, ada lebih 500 penyertaan untuk New Arrival Week. Ini pula Top 10 item paling laku berdasarkan GMV:

    1. Bulan Bintang Baju Melayu Teluk Belanga
    2. HOMEWORTH Royal Series Casserole 4PCS Set
    3. ZUCCA Saloma Kurung Cahaya Embun Raya Edition
    4. Maxtag Smart Tag Toll Readers – Champagne Gold
    5. ELFORMULA Nia-Ceramide Bright Moisture Gel
    6. HYGR Roll-On Deodorant
    7. PERFUME PARADISE Clean & Linen Parfum
    8. TIME PHORIA Spectra Ultra Stay-shine Transfer Proof Lip Vinyl
    9. Oriental Kopi Hainanese Chicken Rice Paste
    10. YAN@YAN Ariana Kurung

    Nampak tak, semua memang kategori “balik kampung must-have”.

    Dari baju raya, periuk untuk masak kat kampung, smart tag untuk elak beratur lama kat tol, sampai deodorant dan perfume untuk kekal fresh masa open house pun ada!

    Dah ready ke nak serbu?

    Kalau nak rasa pengalaman TikTok Shop versi real life, inilah masanya. Shopping puas-puas, grab voucher, jumpa artis, berbuka sekali, semuanya dalam satu acara.

    Jadi, apa tunggu lagi? Tanda siap-siap kalendar korang pada 5 hingga 8 Mac ini di IOI City Mall Putrajaya Convention Center.

    Jumpa kat sana!

    The post TikTok Shop Raya Bazaar Bawa Shopping Online Ke Dunia Nyata, Siap Jumpa Artis Lagi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah