28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Warga Emas Terluka Parah Selepas Diserang Buaya Ketika Mengambil Air Di Sungai

    Shopee Sale



    Seorang wanita berusia 79 tahun dilaporkan mengalami cedera parah selepas diserang oleh seekor buaya dalam satu kejadian yang berlaku di Kudat, Sabah.

    Nak ambil air di sungai

    Gambar sekadar hiasan

    Memerik laporan Harian Metro, wanita yang berusia 79 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dan kaki akibat dibaham buaya berkenaan.

    Menurut Ketua Polis Daerah Kudat iaitu Superintendan Mohd Haris Ibrahim, pihak mereka menerima laporan mengenai kejadian daripada anak mangsa pada kira-kira jam 1.53 petang Isnin.

    Difahamkan, mangsa dipercayai diserang reptilia tersebut ketika hendak mengambil air di sungai yang terletak berhampiran dengan rumahnya.

    Bagaimanapun mangsa sempat diselamatkan oleh penduduk kampung sebelum dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut.

    Keadaan mangsa adalah stabil.

    Dalam pada itu, mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Kudat.

    MENARIK:  Kisah Kebaikan Allahyarham Jaafar Onn, Membantu Banyak Orang - Jasmin Hamid

    Pihak polis kini merujuk kejadian tersebut kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah