Tular di media sosial, sekeping nota yang dipercayai telah ditinggalkan oleh seorang penuntut institusi pengajian tinggi di sebuah masjid.
Artikel Berkaitan: Remaja Curi Duit Tabung Masjid Tak Masuk Penjara, Diarah Lakukan Khidmat Masyarakat
Artikel Berkaitan: Orang Kampung Dedah Remaja Curi Duit Tabung Masjid Sebenarnya Banyak Kes Jenayah, ‘Rembat’ Motor & Pisang Nak Beli Dadah
Pinjam duit tabung

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang pengguna TikTok memuat naik sebuah foto yang memaparkan nota tersebut.
Menurut pelajar itu, dia terpaksa mengambil wang daripada tabung masjid untuk membeli makanan.
Assalamualaikum semua, saya pinjam duit tabung masjid RM7.65.
Maaf saya dah tiga hari tak makan sebab saya tak ada duit.
Bagaimanpun, dengan rasa penuh tanggungjawab, pelajar tersebut berjanji akan memulangkan semula wang yang telah diambil.
InsyaAllah, dalam masa terdekat saya akan ganti balik.
Saya salah seorang pelajar di kolej ini.
Terima kasih, semoga Allah merahmatimu. Daoakan saya kuat.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh dan bersimpati dengan kepayahan hidup yang dialami pelajar terbabit.
Dalam masa yang sama, terdapat segelintir warganet turut berkongsi situasi sama ketika mereka melanjutkan pelajaran ke universiti.
Sumber: TikTok
The post Tiga Hari Berlapar, Pelajar Tinggalkan Nota Terpaksa Pinjam Duit Tabung Masjid – ‘Saya Ambil RM7.65’ first appeared on OHBULAN!.





