
Mampu menyampaikan lagu dalam Bahasa Inggeris dengan baik menjadi faktor penyanyi, Aina Abdul dipilih sebagai pelantun lagu rasmi ASEAN Summit 2025 berjudul ‘Our Land, Our Home’.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Menulis Dalam Diam, Sesuatu Yang Sedap Di Halwa Telinga’ – Aina Abdul
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Nafi ‘Bersara’ Bertanding AJL, Hanya Akan Hantar Karya Berkualiti – ‘Masih Terlalu Awal Untuk Berhenti’
Fasih bahasa Inggeris

Menurut komposer lagu berkenaan iaitu Maestro Muzik popular, Datuk Mokhzani Ismail, Aina juga mempunyai kelebihan dari segi sebutan yang jelas dalam setiap bait lirik disampaikan.
Saya memilih Aina kerana tidak semua mampu menyanyikan lagu dalam Bahasa Inggeri dengan baik, dengan sebutan yang fasih serta jelas.
Walaupun saya melahirkan satu melodi bercorak antarbangsa, tetapi di hujung lagu itu saya gubah dan masukkan elemen tradisional bersesuaian dengan unsur lokal.
Sementara itu, Aina meluahkan rasa syukur diberi peluang keemasan untuk menyanyikan lagu hasil kolabrasi antara Mokhzani dan penulis liriknya, Rafiza Rahman.
Saya bersyukur dan berterima kasih kerana telah memilih saya menyanyikan lagu ASEAN.
Saya sangat berbesar hati dan ini merupakan satu pengalaman baharu untuk saya. Terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam penghasilan lagu ‘Our Land, Our Home’.
Sumber: TikTok
The post ‘Tidak Semua Mampu Nyanyi Lagu Bahasa Inggeris Dengan Fasih’ – Mokhzani Perjelas Sebab Pilih Aina Abdul Nyanyi Lagu Tema ASEAN Summit 2025 first appeared on OHBULAN!.





