26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Erra Fazira & Mr.E Makin Terbuka Kongsi Keakraban Kepada Umum

    Shopee Sale



    Erra Fazira

    Selepas mengaku kini dalam fasa mengenal hati budi, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dilihat semakin terbuka berkongsi keakraban dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr.E di mata umum.

    Kongsi keakraban

    Erra Fazira

    Terbaharu, Erra atau nama lengkap Fazira Wan Chek, 51, dilihat bersama jejaka terbabit pergi melawat seorang individu dipercayai rakan mereka di sebuah pusat perubatan.

    Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Mr. E di Instagram Story, dia mendoakan kesembuhan buat rakan mereka yang dikenali sebagai Syam. Turut bersama dalam foto tersebut adalah pengurus Erra.

    MENARIK:  [VIDEO] Baru Kerja Empat Bulan, Pembantu Rumah Syukur Dapat Majikan Baik Macam Intan Najuwa & Suami – ‘Datuk & Datin Anggap Macam Keluarga’

    Sebelum ini, pelantun lagu Pasrah itu mengaku sedang mengenali hati seseorang dan meminta semua pihak untuk memberi ruang kepadanya.

    Erra bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci sejauh mana pengenalan mereka dan meminta doa semua peminat.

    Sementara itu, Mr.E menerusi satu kenyataan juga mengakui mereka berkawan baik dan tidak menafikan mereka dalam fasa saling mengenali hati budi masing-masing.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah