34 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syuk Beri Respon Pelawaan Tomok Sertai Konsert New Boyz – ‘Hanya Tak Berminat..Aku Tak Merajuk’

    Shopee Sale

    Bekas anggota New Boyz iaitu Syuk tampil memberikan respon terhadap pelawaan vokalis kumpulan itu, Tomok, untuk hadir dalam sebuah konsert 5 Disember di Singapura.

    Artikel Berkaitan: Tomok Mohon Bantuan Orang Ramai Cari Syuk New Boyz – ‘Berbelas Tahun Tak Dapat Cakap Dengan Dia’

    Tidak berminat

    Menerusi satu hantaran di media sosial, Syuk menolak pelawaan Tomok tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemputnya ke konsert tersebut.

    Syuk juga mendoakan agar konsert yang bakal berlangsung itu berjalan seperti diharapkan.

    Aku hanya tak berminat nak sertai. Terima kasih kerana jemput untuk sertai konsert.

    Aku doakan New Boyz berjaya selalu dan konsert berjalan lancar.

    Dalam pada itu, Syuk juga menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang perselisihan faham di antara mereka.

    Aku tak merajuk dan kita tak bergaduh pun.

    Terdahulu, menerusi sebuah hantaran Tomok meminta bantuan orang ramai untuk mencari bekas pemain bes kumpulan itu selepas kali terakhir berhubung pada sekitar tahun 2010.

    MENARIK:  Sal Priadi Berjaya Tawan Emosi Peminat Di Kuala Lumpur

    Sumber: Threads

    The post Syuk Beri Respon Pelawaan Tomok Sertai Konsert New Boyz – ‘Hanya Tak Berminat..Aku Tak Merajuk’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah