
Pelakon Ozlynn menitip pesanan buat orang ramai yang dianiaya untuk terus bersabar dan nikmati kehidupan sementara ini.
Keluarga bahagia

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ozlynn atau nama lengkapnya Rozlinawaty Ismail mengingatkan bahawa doa orang yang teraniaya adalah yang paling mustajab.
Daripada mereka berdua ini (Johan dan Ozlynn) maka terhasil lah enam (cahaya mata) di belakang itu.
Pelbagai ujian, cabaran, sedih, tawa, dan duka.
Paling kesian setiap kali mama dan papa dilanda gosip murahan, maka mereka juga terkena tempiasnya.
Pesan kami, sabar dan doa banyak-banyak.
Doa orang yang dianiaya atau difitnah Innsya-Allah makbul.
Maka, lapang dada dan nikmatilah kehidupan sementara kita di dunia ini dengan rajin bertadabbur dan bertaqwa.
Pesanan bulan Ramadan

Dalam pada itu, isteri kepada penyampai radio Hot FM ini turut mengingatkan orang ramai agar tidak membazir dalam berbelanja untuk makanan berbuka puasa.
Bulan puasa ini, jangan banyak membazir. Lebih lagi tentang makanan.
Dari pada beli tak habis, baik duit itu kita sedekah pada mereka yang memerlukan.
Jangan lupa bayar zakat.
Pada akhir perkongsian, ibu kepada enam cahaya mata itu mendoakan agar semua orang menjadi yang lebih baik dari semalam.





