Pelakon dan usahawan, Ben Ali berkongsi fasa kesusahan yang pernah dialaminya sebelum berjaya di dalam bidang yang diceburi.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Bukan Jenis Menunjuk’ – Nadiyah Shahab & Ben Ali Tak Hirau ‘Mata Merah’, Fokus Bawa Nama Malaysia Ke Dunia
Artikel Berkaitan: ‘Bersama Atau Tidak, Kami Tetap Bahagia’ – Nadiyah Shahab
Perkongsian Ben

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Nur Ali Nadzwan, 33, itu menceritakan perjalanan hidupnya yang merantau dari utara negara ke ibu kota.
Menurut Ben, bukan mudah untuk menjadi anak rantau selepas berdepan dengan pelbagai cabaran dan kepayahan hidup.
Saya ke Kuala Lumpur ketika usia 16 tahun dari Perlis. Cabar diri nak cuba hidup berdikari.
Ada ketika terpaksa tidur di cyber cafe dan masjid. Semua masjid di Kuala Lumpur saya pernah tidur, sewaktu umur 16 hingga 17 tahun.
Pernah juga kena samun di merata tempat. Lepas satu-satu masalah datang kepada saya.
Bagaimanapun, Ben percaya bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil apabila dia dapat merasai kejayaan selepas 20 tahun kemudian.
Alhamdulillah, saya tak menyesal dengan keputusan yang saya buat dahulu.
Pengalaman dan kesusahan mengajar saya erti sebenar pahit getir dan realiti kehidupan.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kecekalan yang dimiliki Ben untuk mengubah nasib hidup, selain menyifatkannya sebagai seorang individu yang hebat.
Sumber: Threads Ben Ali
The post ‘Terpaksa Tidur Di Masjid & Kena Samun’ – Ben Ali Kongsi Pengalaman Merantau Dari Perlis Ke Kuala Lumpur Ketika Usia Remaja first appeared on OHBULAN!.





