32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Terkejut Dengar, Budak Lelaki Cakap Kasar Dengan Soraya’ – Ain Edruce

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Ain Edruce, meluahkan rasa terkejut dan sedih apabila anak perempuannnya, Soraya, didakwa menerima kata-kata kasar daripada seorang kanak-kanak lain ketika sedang bermain di sebuah taman permainan (playhouse).

    Artikel Berkaitan: ‘Aku Bersyukur Lepas Kenal Suami, Dia Suruh Buat Macam-Macam Investment’ – Ain Edruce

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Baru Tiga Bulan Kenal, Hari-Hari Dia Ajak & Paksa Kahwin’ – Suami Ain Edruce

    Budak cakap kasar

    Menerusi satu hantaran di Threads, Ain berkata ketika itu Soraya sedang bermain bersama seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai berusia sekitar darjah dua sebelum dia menegur anaknya dengan nada yang kurang sopan.

    Saya bawa soraya main dekat playhouse, lepas tu Soraya main dengan seorang budak lelaki, rasanya dalam darjah dua macam tu.

    Saya ingat lagi nama dia, Abu.

    Ada satu bahagian dekat tempat main ni, boleh lalu atas atau bawah.

    Jadi, Soraya merangkak lalu bawah dan budak ni boleh cakap pada Soraya, ‘Lompat dekat atas lah, awak tak tau ke?’, ‘Tak ada otak ke?’.

    Saya terkejut dengar, Soraya pula macam blur sebab dia tak faham.

    Saya nervous pula.

    Budak sekarang memang borak kasar macam ni ke? 

    Dalam pada itu, Ain turut meluahkan kebimbangan terhadap cabaran yang mungkin bakal dihadapi anaknya apabila memasuki alam persekolahan kelak.

    Kesian Soraya, saya sebagai mak dengar anak sendiri kena cakap macam itu, sedih.

    Saya risau macam mana kalau di sekolah nanti.

    Lagi macam-macam kan.

    Tak akan nak ajar anak sendiri terajang orang.

    Lain pulak jadi nanti.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Cik Pia Tidak Membayar Hutang dan Menahan Telefon Bimbit Syarikat

    The post ‘Terkejut Dengar, Budak Lelaki Cakap Kasar Dengan Soraya’ – Ain Edruce first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah