25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasangan Pempengaruh Direman 4 Hari Bantu Siasatan Salah Guna Kuasa Dapatkan Suapan

    Shopee Sale



    aisyah alif sprm

    Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik ditahan reman 4 hari bagi membantu siasatan mengenai salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

    Empat hari tahan reman

    aisyah alif sprm

    Perintah tahanan reman yang bermula Khamis sehingga 14 Julai itu dikeluarkan Hakim Majistret Irza Zulaikha Rohainuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.

    Menurut peguam yang mewakili pempengaruh berkenaan, Abd Rahim Ali, dua anak guamnya direman di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

    Mereka direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai atas Seksyen 23 Akta SPRM, salah guna kuasa.

    Sementara itu, ditanya adakah siasatan hari ini berhubung penyelewangan wang seperti dilaporkan sebelum ini, Abd Rahim menafikan perkara berkenaan.

    Kalau tanya saya tidak sama, lain (penyelewengan wang). Jika lihat Seksyen 23 adalah pegawai awam di badan awam menyalahguna kedudukan untuk mendapatkan suapan.

    Terdahulu, pasangan tersebut hadir di Mahkamah Majistret Putrajaya pada jam 9.20 pagi Rabu bagi permohonan reman.

    MENARIK:  [VIDEO] Tak Solat Jumaat Sebab Musafir Dari Selepas Subuh? Ini Penerangan Dari Ustaz Azhar Idrus

    Sebelum ini, media melaporkan pasangan tersebut yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Rabu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah