Pelakon remaja, Zarra Zhaff tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke- 35 (FFM35).
Artikel Berkaitan: Shaheizy Sam Belanja 100 Keping Piza Percuma Sempena Kemenangan Di FFM35 – ‘Jemput Datang Ke Kafe Saya, Dibuka Jam 11 Pagi’
Artikel Berkaitan: FFM35: Khadam Dinobat Filem Terbaik, Bolot 10 Kategori! Bawa Pulang Dana RM1 Juta
Tewaskan pelakon senior

Lebih bermakna, kemenangan menerusi filem Khadam itu menyaksikan Zarra berjaya mengetepikan beberapa nama besar yang lebih berpengalaman dalam industri perfileman tempatan.
Antara pesaingnya ialah Datin Sofia Jane (Malam Terlarang), Sara Ali (Libang Libu), Pearlly Chua (Mother Bhumi) dan Azira Shafinaz (Tarung: Unforgiven).
Zarra atau nama sebenarnya Ezarra Nurzhaffira, 14, mengakui tidak menjangkakan kemenangan tersebut memandangkan perlu bersaing dengan barisan pelakon senior yang mempunyai pengalaman luas.
Saya sebenarnya tak sangka pun saya akan menang pada malam ini sebab pesaing-pesaing saya semua pelakon senior dan pelakon-pelakon yang berbakat.
Saya tak sangka yang saya boleh kalahkan mereka dan saya pun tak tahu yang saya sangat berbakat macam itu. Tapi Alhamdulillah, rezeki saya malam ini dapat pegang trofi buat kali pertama. Saya sangat gembira.
Zarra berkata demikian ketika ditemui pada sidang media malam kemuncak FFM35 yang berlangsung di Istana Budaya, pada Sabtu.
Menurut Zarra, kejayaan itu juga membuktikan bahawa populariti bukan satu-satunya ukuran dalam menentukan seseorang pelakon layak menerima pengiktirafan.
Saya gembira sebab dapat membuka mata juri yang sebenarnya populariti bukan kunci untuk kemenangan. Saya rasa kalau popular dan ada nama, pelakon senior mesti akan menang sebab mereka sudah lama dalam industri ini.
Perjalanan saya masih panjang sebab saya baru 14 tahun. Saya harap dapat berlakon banyak lagi cerita dan filem, selain mendapat banyak lagi anugerah. Saya dah buat cerita seram dan drama. Jadi, saya nak cuba genre aksi pula.
The post FFM35: Menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Zarra Zhaff Tak Sangka Tewaskan Senior Lebih Berpengalaman first appeared on OHBULAN!.





