27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tak Pernah Putus Harapan Untuk Kembali Ke Radio, Itu Jiwa Saya’ – Linda Onn

    Shopee Sale

    Penyampai radio, Linda Onn mengakui masih menyimpan hasrat untuk kembali bertugas di konti radio selepas sekian lama meninggalkan bidang tersebut.

    Artikel Berkaitan: Linda Onn Terharu Masih Diingati Ramai – ‘Terus Terasa Nak On Air Balik’

    Artikel Berkaitan: Linda Onn Ulas Isu Penyampai Radio Tiada Empati, Kudsia Kahar Persoal Kredibiliti? – ‘Pakar Sangat Ke Tentang Kehidupan Dia?’

    Linda Onn rindu jadi penyampai radio

    Ketika ditemui , pemilik nama Rozlindah Onn, 49, berkata bidang radio merupakan kerjaya pertama yang cukup dekat dengan dirinya.

    Tak pernah patah harapan tu. Tak pernah putus harap sebab itu memang cari makan saya dari dulu. Kerja pertama pun itu. Memang itu jiwa saya, radio jiwa saya.

    Jadi, kalau ada tawaran tu, alhamdulillah. Macam tak sabar untuk beraksi balik. 

    Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Linda memaklumkan dia kini sibuk menguruskan perniagaan selain mencari aktiviti untuk mengisi masa lapang.

    Saya sekarang tengah sibuk dengan restoran nasi ayam. Lepas tu saya sibukkan diri buat piza, itu pun netizen suruh jual.

    Asalnya tak ada niat pun nak menjual, tapi mereka beri cadangan dan minta jual. Netizen yang letak harga ni semua. Jadi saya buat untuk suka-suka supaya saya tak bosan.

    Linda berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun perkahwinan ke-18 usahawan selebriti Cheta Pot Pet dan suami, Aaron Lee di Kuala Lumpur.

    MENARIK:  Tak Lagi Nyanyi ‘Casablanca’ Bersama, Nuha Bahrin Nafi Status Naufal Azrin Jadi Punca

    Dalam pada itu, Linda juga terbuka untuk kembali aktif dalam industri seni termasuk tidak menolak sekiranya ditawarkan berlakon.

    Sebenarnya saya okay je. Saya gembira bila orang jemput. Apa-apa jemputan pun saya suka untuk pergi, saya suka untuk keluar untuk berjumpa dengan orang.

    Macam baru-baru ini pun ada yang telefon tanya sama ada saya masih berminat atau tidak lakonan. Saya cakap, kenapa tidak.

    Kalau kena dengan masa dan sebagainya, kita pergi, kita buatlah. Dah memang kerja kita dalam industri hiburan. Tapi radio je belum dapat tawaran.

    The post [VIDEO] ‘Tak Pernah Putus Harapan Untuk Kembali Ke Radio, Itu Jiwa Saya’ – Linda Onn first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah