Paling Viral Online 2.0 (OBPVO) kini kembali dengan edisi kedua yang bukan sahaja menghimpunkan calon-calon popular, malah turut mengiktiraf kejayaan serta menghargai usaha penggiat seni tempatan dalam menghasilkan karya berkualiti.
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: 15 Karya Tercalon Kategori ‘Filem Paling Viral’, Hargai Kreativiti Penggiat Seni Tempatan
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: 15 Calon, Satu Gelaran! Siapa Bakal Bergelar Peniaga Paling Viral Tahun Ini?
15 drama pilihan

Kategori Drama Paling Viral diperkenalkan bagi mengiktiraf karya drama yang mendapat perhatian dan sambutan hangat daripada penonton.
Daripada kisah romantik yang mencuit hati hinggalah konflik keluarga penuh kejutan, setiap karya hadir dengan tarikan tersendiri sehingga ada yang menjadi bualan hangat di media sosial.
Berikut adalah senarai 15 drama yang bersaing bagi kategori Drama Paling Viral dalam OBPVO 2.0:
- Khianat Yang Terpilih
- Good Boys Go To Heaven
- Bulan Henti Bicara
- Kerana Cinta Itu Dusta
- Aku Pilih Pelangi
- Yes! Captain Zul Aaryan
- Luka Di Hujung Setia
- Dendam Seorang Mentua
- Jiwa Seorang Pentaksub
- Griya
- Anom Suraya
- Cinta Dalam Sekam
- Ikatan Terlarang
- Bidadari Tanpa Syurga
- Hening Cinta
Bagi edisi kali ini, sebanyak sembilan kategori dipertandingkan iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 bermula 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut.
The post #OBPVO2.0: Pelbagai Kisah Penuh Emosi & Konflik Mendebarkan, Ini Senarai Penuh Calon Kategori ‘Drama Paling Viral’ first appeared on OHBULAN!.





