29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Izara Aishah Titip Doa Buat Ustaz Wadi Annuar – ‘Ya Allah, Sembuhkanlah Beliau..’

    Shopee Sale

    Pelakon Izara Aishah menitipkan doa buat pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar, agar diberikan kesembuhan selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

    Artikel Berkaitan: Rebut Peluang Gandakan Ibadah, Ustaz Wadi Annuar Kongsi Amalan Pada Hari Asyura

    Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Puji Suami Bagi Isteri ‘Me-Time’, Titip Nasihat Agar Tidak Langgar Halal Haram

    Doa Izara

    Menerusi perkongsian di Threads, Izara memohon agar Allah SWT mengangkat segala kesakitan yang dialami pendakwah tersebut, selain mengurniakan kesihatan yang baik kepadanya.

    Dalam doa yang dititipkan, Izara turut memohon agar Ustaz Wadi sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta dijauhkan daripada sebarang perkara yang boleh memudaratkan dirinya.

    Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Menyembuhkan, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

    Sembuhkanlah Ustaz Wadi, hilangkanlah segala kesakitan dan penyakit yang dialaminya, pulihkanlah kesihatannya serta lindungilah dirinya daripada segala bahaya.

    Terdahulu, media melaporkan Ustaz Wadi terlibat dengan kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Gerik.

    MENARIK:  Netizen Rajin Terjemah 'Short Form' WhatsApp Ruhainies & Aliff Aziz, 'LUM' Diterjemah Sebagai 'Love You More'

    Maklumat mengenai insiden itu dikongsikan menerusi hantaran di media sosial Ustaz Wadi yang memaklumkan beliau bersama beberapa individu lain terbabit dalam kemalangan jam 2 pagi tadi.

    Sumber: Threads

    The post Izara Aishah Titip Doa Buat Ustaz Wadi Annuar – ‘Ya Allah, Sembuhkanlah Beliau..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah