26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Awak Orang Hebat, Jangan Pergi Dulu’ – Mimi Lana Titip Semangat Buat Individu Hilang Harapan

    Shopee Sale

    Pelakon, Mimi Lana tampil memberikan kata-kata semangat kepada seorang individu yang meluahkan perasaan putus asa untuk meneruskan kehidupannya.

    Artikel Berkaitan: Mimi Lana Risau Jerebu Makin Teruk, Kerap Sakit Dada & Tekak – ‘Makan Ubat Sihat, Keluar Rumah Batuk Lagi’

    Artikel Berkaitan: Mimi Lana Akui ‘Workaholic’, Dah Biasa Bekerja Sejak Kecil – ‘Tolong Jual Nasi Lemak, Bunga Orkid’

    Jangan pergi dulu

    Menerusi perkongsian di Threads, Mimi Lana atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, bersimpati terhadap individu tersebut dan menitipkan pesanan agar dia terus tabah dalam menghadapi dugaan hidup.

    Mimi yang tersentuh dengan perkongsian itu turut mengingatkan individu berkenaan untuk sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT.

    Assalamualaikum adik. Mudah-mudahan awak selamat. Ujian dalam hidup ini memang berat kalau nak difikirkan. Kadang-kadang rasa macam tak sanggup nak teruskan hidup. Sabar ya.

    Saya tak pandai nak bagi nasihat. Tapi saya sedih sangat baca awak punya ciapan ini. Selalu bersangka baik dengan Allah ya. Awak orang hebat, jangan pergi dulu.

    Mungkin awak tak tahu kalau awak hidup, sebenarnya Allah dah tulis yang awak akan berjaya dan awak akan dapat segalanya yang awak nak. Cuma Allah nak bagi ujian dulu supaya suatu hari nanti, bila awak berjaya, ada sesuatu untuk dikenang.

    Dalam masa sama, pelakon drama Villa Kristal itu turut mendoakan agar individu berkenaan diberikan ketenangan hati dan kekuatan untuk melalui detik sukar yang sedang dihadapi.

    Perasaan awak ini sekejap saja. Ada rahsia Allah yang tak disangka-sangka akan datang, insya-Allah.

    Saya doa semoga awak kuat, Allah kurniakan ketenangan untuk awak dan berikan segala yang terbaik di dunia dan akhirat ya. Amin.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  MINAZ Menghindari Penggunaan Selebriti dan 'Influencer' Dalam Koleksi Raya 'Lebaran Kita'

    The post ‘Awak Orang Hebat, Jangan Pergi Dulu’ – Mimi Lana Titip Semangat Buat Individu Hilang Harapan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah