34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tanpa Letupan Bungai Api & Elemen Lalai, Malam Hijrah Bergema Isi Rohani Di Ambang Tahun Baharu

    Shopee Sale

    Tanpa letupan muzik keras atau sorakan yang kebiasaan mengiringi sambutan ambang tahun baharu, Konsert Malam Hijrah Bergema hadir sebagai sebuah pengalaman berbeza dengan lebih tenang, berjiwa dan sarat makna.

    Artikel Berkaitan: Azhan Rani Pun Turun Padang, Karnival Hijrah 2025 Meriah Dari Subuh Hingga Malam

    Pengisian rohani

    Dianjurkan oleh TV AlHijrah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), konsert ini mengangkat seni sebagai medium muhasabah, bukan sekadar hiburan semata-mata.

    Sejak tirai pentas dibuka, alunan lagu dan susunan persembahan disusun secara berperingkat, membawa penonton menyusuri perjalanan hijrah dalam konteks peribadi dan rohani.

    Tiada elemen sensasi berlebihan, sebaliknya setiap persembahan dibiarkan ‘bernafas’, memberi ruang kepada lirik dan mesej untuk benar-benar sampai ke hati.

    Kehadiran penonton yang memenuhi dewan membuktikan pendekatan ini mendapat tempat. Menariknya, bukan hanya kelompok peminat nasyid yang hadir, malah golongan muda turut kelihatan sepanjang konsert berlangsung.

    Barisan artis yang membuat persembahan mencerminkan kepelbagaian generasi dan genre. Nama-nama besar seperti Rabbani, Raihan, UNIC, Hijjaz, Lah Ahmad dan Mawi mengimbau kembali kekuatan nasyid sebagai bahasa dakwah.

    Turut menyerikan konsert dengan kemunculan Sufian Suhaimi tampil dengan sentuhan kontemporari yang dekat dengan jiwa generasi muda.

    Kehadiran Munsyid Muda seperti Simfoni, Rabithah, Fine, Aeydan, Onepath dan Andika menambahkan warna serta kesinambungan bakat baharu dalam arena seni berteraskan nilai serta dakwah.

    Pentas turut dimeriahkan dengan kemunculan penyanyi legenda Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Nash yang menyampaikan karya bernuansa kerohanian dengan penuh penghayatan.

    Lagu-lagu seperti Pergi Tak Kembali, Intifada, Kasih Kekasih, Nurkasih, Pada Syurga Di Wajahmu, Mahligai Syahdu, Ghazal Untuk Rabiah dan Kian dipersembahkan bukan sekadar untuk didengar, tetapi untuk direnungi.

    Tahun baru dengan doa

    Saat paling menyentuh emosi hadir di penghujung konsert apabila seluruh dewan bangkit mengalunkan selawat dan lagu-lagu bertemakan penghijrahan diri.

    MENARIK:  [VIDEO] Aiman Tak Kesah Tunjuk Bukti Bebas D*dah, Sifatkan Siti Jamumall Sebagai Isteri Yang Taat

    Momen itu menjadi simbolik menyambut tahun baharu bukan dengan sorakan kosong, tetapi dengan doa, azam dan kesedaran untuk menjadi insan yang lebih baik.

    Respon penonton yang kekal fokus dan terlibat hingga ke akhir membuktikan seni yang berteraskan nilai masih relevan dan berkesan.

    Di sebalik penganjuran Konsert Malam Hijrah Bergema, Ketua Pegawai Eksekutif TV Al-Hijrah, Namanzee Harris menjelaskan bahawa acara tersebut dirangka sebagai usaha memposisikan hiburan sebagai wadah dakwah kontemporari yang tidak memaksa, sebaliknya mendekati masyarakat melalui seni.

    Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi platform dakwah yang sesuai dengan keperluan masyarakat hari ini. Kita mahu hiburan mendidik dan menanam nilai tanpa nada menghakimi.

    Lagu-lagu pop sebenarnya banyak mengandungi lirik ketuhanan dan kemanusiaan. Apabila digabungkan dengan elemen nasyid, nasihat dan budaya tempatan, ia boleh menjadi satu bentuk hiburan yang menyeluruh dan membina.

    Menurut Namanzee, golongan muda hari ini tidak menolak hiburan, tetapi mahukan pengisian yang lebih jujur dan bermakna. Justeru, penggabungan elemen nasyid, muzik kontemporari serta budaya tempatan dilihat mampu membentuk identiti hiburan yang lebih seimbang.

    Jika hiburan tidak dikawal dengan kesedaran dan kerangka nilai yang betul, ia akan mudah terikut dengan arus luar. Kita mahu mewujudkan satu identiti hiburan yang mencerminkan budaya, adab dan nilai masyarakat kita sendiri.

    Secara keseluruhan, Konsert Malam Hijrah Bergema berjaya membuktikan bahawa sambutan Ambang Tahun Baharu tidak semestinya diraikan dengan hiruk-pikuk pesta.

    Sebaliknya, ia boleh diraikan dengan seni yang mendamaikan, mesej yang membina dan kesedaran untuk berhijrah menjadi insan yang lebih baik.

    Konsert Malam Hijrah Bergema turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli.

    The post Tanpa Letupan Bungai Api & Elemen Lalai, Malam Hijrah Bergema Isi Rohani Di Ambang Tahun Baharu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah