28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Menangis Terkandas Bersama Jenazah Bapa Mentua Di Tepi Jalan – ‘Aku Lambai Simpati Tapi Tak Ada Kereta Yang Berhenti’

    Shopee Sale



    Di Facebook (FB), tular satu hantaran yang dikongsikan seorang lelaki mengenai kesedihannya meminta bantuan orang ramai selepas terkandas bersama jenazah bapa mentuanya di tepi jalan.

    Minta tolong, tapi kereta tak berhenti

    Menerusi hantaran tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Ariff Ahmad menjelaskan bahawa ketika kejadian dia sedang dalam perjalanan dari Sandakan ke Bongawan, Papar untuk membawa bapa mentua tinggal bersama dengannya.

    Namun, hasrat itu tidak kesampaian apabila van kepunyaannya mengalami kerosakan dan bapa mentuanya meninggal dunia di tepi jalan.

    Al-fatihah untuk bapa mentua, baru nak bawa tinggal di kampung bersama kami, rupanya meninggalkan kami semua.

    Kami dari Sandakan dalam perjalanan pulang ke Bongawan, pam brek bocor terkandas beberapa jam sini.

    Kami berdua saja dan sekarang membuatkan air mata saya mengalir.

    Tambah Ariff, kematian bapa mentua kemudiannya disahkan oleh pihak Hospital Tuaran yang datang ke lokasi kejadian.

    Namun, pihak Hospital memintanya untuk menguruskan sendiri jenazah arwah bapa mentuanya. Selepas dua jam menunggu, van jenazah akhirnya tiba di lokasi kejadian dengan bantuan daripada beberapa orang rakannya.

    MENARIK:  Dilayan Seperti ‘Sampah’, Wanita Tak Nak Anak Kenal Keluarga Bapa – ‘Mereka Suruh Suami Ceraikan Saya, Kata Saya Kikis Duit’

    Syukur pengebumian mentua selesai

    Menerusi hantaran terbaharu, Ariff meluahkan rasa syukurnya apabila urusan pengebumian bapa mentuanya itu berjaya dilakukan.

    Menurut Ariff, ini merupakan kali pertama dalam hidupnya berdepan dengan situasi genting.

    Berkongsi mengenai kejadian, Ariff memaklumkan bahawa dia cuba untuk melambaikan tangan meminta pertolongan daripada kereta yang lalu lalang di jalan tersebut namun tiada satu pun kereta yang berhenti memberikan bantuan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan yang menimpa Ariff dan mendoakan agar dia dan keluarga sentiasa tabah dengan dugaan tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah