Anak kepada pelawak Shuib iaitu Talita berkongsi wang kemenangan daripada program Talk To My Manager akan diberikan sepenuhnya kepada keluarga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Lupakan Hasrat Sambut ‘Birthday’ Di Sunway Lagoon Demi Mummy Watie – ‘Anak Yang Memahami Situasi’
Artikel Berkaitan: Shuib Kongsi Video Reaksi Pertama Kali Tahu Watie Hamil, Anak-Anak Melompat Kegembiraan – ‘Namanya Bintang Anak Makkah’
Beri keluarga

Ketika ditemui , pemilik nama Dzahira Talita Zahra berkata dia tidak kisah sekiranya langsung tidak menikmati sebarang bahagian daripada wang kemenangan tersebut.
Malah, dia sememangnya sudah berniat untuk memberi wang tersebut kepada keluarganya.
Wang kemenangan saya nak beri keluarga saya. Kalau saya tidak dapat banyak pun tidak mengapa.
Saya tidak kisah pun kalau saya dapat RM100 atau RM50 pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya keluarga saya dapat merasa.
Jelas Talita, dia melakukan yang terbaik hanya kerana mahu membantu keluarganya.
Saya berpenat lelah untuk keluarga. Saya tiada niat nak berjoli.
Saya nak tolong ayah sebab ayah pernah terus terang cakap dengan saya yang dia sudah tidak banyak duit.
Sebelum ini, Talita dan Shuib meraih tempat kedua dalam program TTMM sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.
The post Talita Tiada Niat Berjoli, Wang Kemenangan Serah Kepada Keluarga – ‘Daddy Pernah Cakap Duit Dah Tak Banyak’ first appeared on OHBULAN!.





