25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Razali Jemput Peminat Ke Majlis Akikah Anak

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali bersama suami, Nik Iruwan Nik Izani menjemput peminat ke Majlis Akikah dan Kesyukuran anak sulung mereka pada 7 Jun ini di Franky Corner, Kota Bharu, Kelantan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Makin Cantik Selepas Bergelar Ibu – ‘Wanita Di Tangan Lelaki Tepat’

    Artikel Berkaitan: Nabila Razali Muncul Dengan ‘Raya Mana’ Versi Loghat Kelantan Bersama Den Manjo – ‘Sejujurnya Saya Sangat Gementar Sebab Bukan Bahasa Pertama Saya’

    Majlis akikah & kesyukuran

    Menurut Nabila, atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, 33, majlis ini diadakan sebagai tanda syukur atas kurniaan zuriat daripada Allah SWT kepada dirinya dan suami.

    Dalam masa yang sama, ia juga menjadi kesempatan istimewa untuk berkongsi kegembiraan bersama para peminat yang setia menyokong kerjaya seninya selama ini.

    Alhamdulillah, Baby M (gelaran anak Nabila) adalah hadiah terindah dalam hidup saya dan suami. Menjadi ibu adalah fasa yang sangat mencabar tetapi juga sangat bermakna. 

    Kami memilih 7 Jun ini sempena Hari Raya Aidiladha untuk mengadakan Majlis Akikah dan Kesyukuran sebagai tanda syukur dan berkongsi kegembiraan ini dengan peminat, saudara-mara dan penduduk setempat di Kelantan.

    Nabila memaklumkan bahawa majlis tersebut diadakan di Kelantan memandangkan ia merupakan kampung halaman suaminya.

    Saya dan suami amat berbesar hati sekiranya anda semua dapat hadir ke majlis ini. Bukan sahaja untuk meraikan Baby M, tetapi juga untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita dalam bulan yang penuh rahmat ini.

    Terima kasih atas doa dan kasih sayang yang tidak pernah putus.

    Untuk rekod, Nabila dan Nik Iruwan melangsungkan perkahwinan pada 18 Disember 2023 dan pada 23 Disember tahun lalu, penyanyi itu selamat melahirkan anak lelaki sulungnya yang dikenali sebagai Baby M.

    MENARIK:  [VIDEO] Neelofa Kongsi Sumber Kekuatan Istiqamah – ‘Paksa Diri Tengok Konten Islamik’

    The post Nabila Razali Jemput Peminat Ke Majlis Akikah Anak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah