Pengacara dan pelakon, Fahrin Ahmad mengakui terkilan tidak dapat memeluk bapanya buat kali terakhir ketika arwah masih hidup.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fahrin Ahmad Gagal Tahan Sebak, Menangis Ketika ‘Live’ WHI Sebab Rindu Arwah Ibu
Artikel Berkaitan: Hari Raya Aidilfitri Fahrin Ahmad Berbeza Tanpa Ibu Tercinta, ‘Repeat’ Semula Baju Melayu Koleksi 10 Tahun Dulu
‘Tak peluk dia’

Meluahkan perkara itu dalam keadaan sebak, Fahrin, 46, berkata, dia juga berasa ralat kerana tidak sempat menzahirkan perasaan sayang kepada arwah bapa tercinta.
Bila saya dah jadi bapa baru saya faham dan lebih memahami perasaan itu selepas kehilangan seseorang bernama bapa.
Kalau boleh diundur masa, banyak perkara yang ingin saya lakukan dengan arwah. Betapa terkilannya saya, bila kali terakhir kami berjumpa saya tidak peluk dia.
Saya tak sempat nak cakap yang saya sangat sayang dia. Saya amat berterima kasih dengannya. Saya harap dia berbangga dengan saya.
Fahrin berkongsi perkara itu ketika mengemudi program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 bersempena sambutan Hari Bapa.
Justeru, Fahrin menitipkan pesanan kepada anak-anak di luar sana yang masih mempunyai bapa untuk menghargai sosok tersebut sebelum kehilangan buat selamanya.
Nasihat saya kepada anak-anak di luar sana, macam mana pun tegas ayah kita, selalulah peluk dan cium ayah kita.
Jangan nak tunggu-tunggu atau ada perasaan tertahan, kerana apabila dia sudah tiada nanti, pelbagai perasaan campur baur akan hadir.
Yang akhirnya memujuk hati adalah hanya doa yang boleh dikirimkan dalam solat.
Untuk info, bapa Fahrin iaitu Allahyarham Ahmad Atil menghembuskan nafas terakhir pada 23 Mei lalu.
Sumber: TikTok
The post ‘Tak Sempat Nak Cakap Yang Saya Sangat Sayang Dia’ first appeared on OHBULAN!.





