27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dituduh Curi Motosikal, Remaja Dikurung & Dipukul Hingga Maut..Mayat Dibuang Tepi Jalan

    Shopee Sale

    Seorang remaja lelaki ditemui maut dipercayai dikurung, diseksa selama dua hari dan dipukul dengan objek tumpul, selepas dituduh mencuri motosikal.

    Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Didakwa Ditikam Rakan Guna Gunting

    Artikel Berkaitan: Rakaman CCTV Bongkar Pembunuhan Gadis 17 Tahun, Mayat Disumb*t Dalam Bagasi & Dibuang Di Landasan Kereta Api

    Dikurung, diseksa hingga maut

    Mayat Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam ditemukan orang awam di kawasan semak berhampiran Jalan Harvard, Gurun, Sungai Petani, pada jam 8 pagi, Khamis lalu.

    Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala yang disebabkan hentakan objek tumpul.

    Hasil siasatan dan risikan juga mendapati motif kejadian berpunca kemarahan suspek utama berusia 24 tahun selepas menerima aduan penduduk menyatakan mangsa mencuri motosikal.

    Menurut Adzli, mangsa ditangkap oleh suspek pada 5 Oktober lalu di Pendang sebelum dibawa ke sebuah rumah di Gurun dan dikurung selama dua hari.

    Selama dua hari itulah mangsa dipukul dan diseksa serta rambutnya dipotong hinggalah akhirnya pada malam 7 Oktober mangsa didapati sudah meninggal.

    Mereka juga tergamak membuang mayat mangsa di tepi jalan esoknya, sebelum ditemui orang awam jam 8 pagi.

    Susulan kejadian itu, polis menahan 14 lelaki berusia antara 16 hingga 24 tahun di Gurun dan Guar Chempedak antara jam 12 tengah hari hingga 10.30 malam pada hari sama.

    MENARIK:  Syifa Melvin Tak Pernah ‘Target’ Berjodohan Dengan Pemain Bola Sepak – ‘Korang Perasan Tak Kita Akan Dapat Yang Sekufu’

    Polis turut merampas 14 telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah kereta Honda City berwarna perak, gunting dan MyKad dipercayai milik mangsa.

    Adzli berkata, 12 suspek direman selama enam hari sehingga Rabu ini, manakala dua lagi suspek bawah umur direman selama lima hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

    Siasatan mendapati tiada laporan berkaitan motosikal didakwa dicuri mangsa. Mungkin sudah dipulangkan balik, walaupun mangsa dituduh mencuri, ia tidak bermakna tindakan boleh diambil sesuka hati. 

    Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Sumber: Berita Harian

    The post Dituduh Curi Motosikal, Remaja Dikurung & Dipukul Hingga Maut..Mayat Dibuang Tepi Jalan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah