27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dibandingkan Dengan Agnez Mo, Stacy Pertahankan Diri – ‘Miskin Jelek Saya Dulu, Tetap Bangga Datang Dari Malaysia’

    Shopee Sale

    Penyanyi Stacy, tampil mempertahankan diri daripada kenyataan berbaur sindiran seorang warganet yang dipercayai berasal dari Indonesia.

    Artikel Berkaitan: ‘Nak Mega Ching Sekalipun, Tetaplah Berpada’ – Stacy

    Respon Stacy

    Menerusi hantaran di Threads, seorang individu membandingkan Stacy dengan selebriti dari negara tersebut iaitu Agnes Mo.

    Stacy atau nama lengkapnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 36, berkata, perbandingan itu tidak seharusnya dilakukan berikutan mereka memiliki berbezaan dari segi kehidupan dan perjalanan karier.

    Tidak pantas mahu disamakan saya dengan Agnez kerana saya ini memang asalnya orang kampung dari Borneo, Sabah, Malaysia.

    Walhal Agnez itu dari bandar di Indonesia dan sejak kecil memang sudah bergelar artis. Bandinglah dengan orang yang sesuai latar belakangnya.

    Dalam masa sama, Stacy turut meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak tidak bertanggungjawab di Indonesia yang didakwa melakukan pembakaran hutan sehingga menyebabkan jerebu.

    Miskin-miskin, jelek saya yang dulu tetap saya bangga dan bersyukur kerana datangnya dari Malaysia, bukan negara yang pintar membakar hutan, memusnahkan alam dan membinasakan binatang kerana negaranya tidak cukup kaya.

    Asapnya sampai ke negara orang! Malu sedikit jadi orang Om!

    Sementara itu, Stacy juga diminta untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut.

    MENARIK:  [Kes Tik*m Pelajar]: Polis Sahkan Suspek Simpan Perasaan Cinta Terhadap Mangsa

    Bagaimanapun, pelantun lagu Jahat ini tetap bangga dengan transformasi penampilan dan asal usulnya.

    Tak apa, saya bangga dengan evolusi saya dan saya sangat bangga dengan asal usul saya. 

    Buruk di mata orang, cantik di mata saya. Syukur, Alhamdulillah.

    Sumber: Threads

    The post Dibandingkan Dengan Agnez Mo, Stacy Pertahankan Diri – ‘Miskin Jelek Saya Dulu, Tetap Bangga Datang Dari Malaysia’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah