28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak Perlu Beratur Di Kaunter, Ini Cara Pengeluaran ASB Secara Online

    Shopee Sale

    Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) sebelum ini telah menyediakan kemudahan untuk para pengguna melakukan pengeluaran pelaburan mereka secara atas talian iaitu melalui aplikasi myASNB atau memenerusi pautan.

    Artikel Berkaitan: Dari Tabung ke Tanah Suci: Konsisten Menyimpan, ASNB Bawa Lelaki Ini Tunai Umrah!

    Artikel Berkaitan: Cara Pemindahan & Pengeluaran KWSP Akaun Fleksibel (Akaun 3)

    Cara pengeluaran

    Kemudahan yang disediakan adalah untuk memberikan kemudahan kepada pemegang unit ASNB tanpa perlu beratur di kaunter.

    Ikuti langkah berikut untuk melakukan pengeluaran secara atas talian.

    1. Daftar dan log masuk ke akaun myASNB melalui aplikasi mudah alih di telefon bimbit atau di portal rasmi http://www.myasnb.com.my.
    2. Pilih Pengeluaran untuk mula proses pengeluaran wang.
    3. Pilih dana ASB yang ingin dikeluarkan dan isikan jumlah pengeluaran yang dikehendaki.
    4. Pillih sebab pengeluaran dan klik ‘Pasti’
    5. Semak maklumat akaun bank yang telah didaftarkan untuk menerima pemindahan wang dan sahkan pengeluaran lalu kilik ‘Pasti’.
    6. Kemudian pada paparan Permintaan Pengeluaran klik ‘Benarkan’
    7. Tekan ‘OK’ pada paparan Transaksi Diluluskan.
    8. Tekan ‘OK’ pada makluman tentang proses pengeluaran.
    MENARIK:  [VIDEO] Syada Amzah Rindu Shila – ‘Kali Terakhir Jumpa Masa Dia Kahwin, Kami Tak Bercakaran’

    Had pengeluaran

    Foto: Portal ASNB

    Had minumum adalah RM100 manakala had maksimum adalah RM2,000 sebulan bagi transaksi dalam talian.

    Sekiranya anda mahu membuat pengeluaran yang lebih banyak, anda perlu berkunjung ke kaunter atau melakukannya menerusi ajen ASNB.

    The post Tak Perlu Beratur Di Kaunter, Ini Cara Pengeluaran ASB Secara Online first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah