Sikap prihatin dan penuh tanggungjawab yang ditunjukkan oleh pelakon dan pengacara terkenal, Didie Alias terhadap rakan-rakannya yang dilanda musibah mendapat pujian tinggi daripada anak sulungnya.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Paling Laju Datang & Hulur Bantuan’ – Netizen Teruja Dengan Keprihatinan Didie Alias Bantu Rakan Seindustri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didie Alias Peluk Erat Amyza Adnan Undang Sebak, Netizen Sifatkan Sebagai ‘Teman Sejati’ – ‘Ada Saat Suka & Duka’
Banyak bantu

Menurut Nur Dhaniyah, Didie akan sentiasa hadir menunjukkan sokongan kepada sesiapa yang sakit tanpa mengira hubungan.
Niya berkongsi antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah ketika bapanya, Ridzuan Hashim meninggal dunia pada tahun 2023.
Kata Niya, Didie menguruskan semua urusan jenazah tanpa menghiraukan status lelaki itu sebagai bekas suaminya.
Salah satu perkara yang kami anak-anak hormat dekat mamy (nama panggilan Didie) ni, sesiapa yang sakit tidak kisah kenalan rapat, saudara atau bukan yang mana dia boleh sampai memang dia akan datang.
Masa arwah ayah meninggal pun mamy yang uruskan A sampai Z. Kami anak-anak lost masa tu.
Dialah yang uruskan jenazah ayah padahal bekas suami ni. Tak boleh lupa jasa mamy bahagian ini.
Sebelum ini, nama Didie menjadi bualan hangat apabila menjadi antara rakan artis yang terawal berada di samping Amyza Aznan yang baru kehilangan anak sulungnya, Andre Mikhail yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
Sumber: Threads
The post ‘Tak Boleh Lupa Jasa Mamy, Urus Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami’ – Anak Didie Alias first appeared on OHBULAN!.





