28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tabligh Dah Betul, Takut Dia Yang Tak Betul..Jangan Wayang Je’ – Linda Hashim Ingatkan Beego Nafkah Anak-Anak

    Shopee Sale



    Pelakon Linda Hashim berharap agar suaminya, Beego, benar-benar istiqamah selepas dikhabarkan menyertai kumpulan tabligh baru-baru ini.

    ‘Harap-harap istiqamah, jangan wayang je’

    Menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya, Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim, 41, berkata langkah Beego untuk mendekatkan diri kepada agama adalah sesuatu yang baik, namun berharap agar ia bukan sekadar lakonan.

    Tabligh tu dah betul dah, takut dia yang tak betul. Harap-harap istiqomah, jangan wayang je.

    Dalam masa sama, Linda turut mengingatkan suaminya itu mengenai tanggungjawab terhadap anak-anak mereka yang didakwa masih belum diselesaikan sepenuhnya.

    Nafkah anak-anak, tanggungjawab pada anak-anak mana tak selesai lagi?

    Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, dipercayai mengikuti kumpulan tabligh untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Sebarang Pengakuan Salah Sebaliknya Memberikan Keterangan Kepada Majistret’ – Peguam Mahmud

    Pada Januari lalu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman.

    Untuk rekod, Beego dan Linda pernah bercerai talak pda 27 Mac 2023 sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah