29 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syida Melvin Tak Akan Jual Enam Koleksi Baju Kahwin, Simpan Buat Kenangan – ‘Anak Boleh Pakai Nanti’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Syida Melvin tidak berhasrat menjual enam persalinan busana perkahwinannya bersama bekas suami, Syafiq Azim, sebaliknya memilih untuk menyimpan sebagai kenangan.

    Artikel Berkaitan: Syida Melvin Anggap Perceraian Hadiah ‘Istimewa’ Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-30

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Wanita Yang Baik, Banyak Kenangan Kami Bersama’ – Syafiq Azim Tak Kesal Berkahwin Dengan Syida Melvin

    Simpan buat kenangan

    Syida, 30, berkata, setiap persalinan mempunyai nilai sentimental tersendiri dan tidak wajar dianggap sebagai sesuatu yang perlu dilupakan meskipun rumah tangganya sudah berakhir.

    Baju-baju itu tidak bersalah. Saya akan simpan, mungkin anak saya boleh pakai satu hari nanti. Saya akan simpan buat kenangan.

    Kalau tak nak tengok, simpan rapi dalam kotak. Saya tak akan jual sebab itu kenangan. Anak-anak nanti apabila sudah besar, mereka boleh tengok.

    Syida berkata demikian ketika ditemui selepas selesai prosiding lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Rabu.

    Ditanya sama ada akan terimbau kembali kenangan bersama bekas suami jika melihat koleksi busana berkenaan, Syida secara berseloroh berkata dia akan menyimpannya di dalam peti jika teringat.

    Kalau tak nak tengok simpan dalam kotak. Saya tak akan jual, itu semua kenangan. Anak-anak kalau dah besar boleh tengok.

    Dalam pada itu, Syida turut memuji sikap Syafiq yang disifatkannya sebagai seorang bapa yang baik dan sentiasa menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

    Sebagai bapa, dia seorang bapa yang sangat baik. Saya tidak menafikan perkara itu. Anak-anak masih mempunyai hubungan yang baik dengan Syafiq.

    Terdahulu, rumah tangga Syida dan Syafiq akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Rabu.

    MENARIK:  ‘Masih Juga Tak Nak Boikot’ – Nadzmi Adhwa Tempelak Rakan Selebriti

    Pada Disember tahun lalu, Syida memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

    Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Syafiq, 37, pada 19 Januari 2019.

    Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

    The post Syida Melvin Tak Akan Jual Enam Koleksi Baju Kahwin, Simpan Buat Kenangan – ‘Anak Boleh Pakai Nanti’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah