31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syatilla Melvin Kurangkan ‘Live’ Berniaga Di TikTok – Bahagia Sangat, Masa Rasa Lebih Panjang’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin mengakui terdapat perubahan besar di dalam kehidupan sehariannya selepas mengambil keputusan untuk mengurangkan masa berniaga di media sosial.

    Artikel Berkaitan: ‘Prank Syeriv Kata Nak Cuci Saja’ – Syatilla Melvin Lega Anak Sulung Selesai Bersunat

    Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Mahu Anak-Anak Seronok Nikmati Fasa Membesar – ‘Mereka Nak Main Hujan, Lumpur, Tanah Saya Bagi’

    Kurangkan ‘live’

    Menerusi hantaran di Threads, Syatilla atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, mendedahkan bahawa dia kini sengaja mengurangkan masa melakukan sesi siaran langsung di platform media sosial.

    Sejak kebelakangan ini saya sengaja kurangkan live berniaga di TikTok.

    Bukan sebab malas tapi saja.

    Menurut isteri kepada aktor, Shaheizy Sam itu dia mengakui gembira, malah masa juga terasa seakan lebih lama jika tidak melakukan sesi siaran langsung.

    MasyaAllah bahagia sangat, tapi tak tahulah benda ini positif atau negatif.

    Rasa masa itu lebih panjang dan loose.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan ibu kepada tiga orang anak itu apabila ada di antara mereka yang turut menjalankan perniagaan di atas talian.

    MENARIK:  Haiza Ingat Kembali Masa Rendang Terbakar, Fokus Persiapan Hari Raya Bersama Mak Abah Di Kampung

    Dalam masa sama, warganet mengakui bahawa kehidupan realiti ternyata lebih bahagia berbanding menghabiskan masa di media sosial.

    Sumber: Threads Syatilla Melvin

    The post Syatilla Melvin Kurangkan ‘Live’ Berniaga Di TikTok – Bahagia Sangat, Masa Rasa Lebih Panjang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah