34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syatilla Melvin Beri Peringatan Tentang Solat, Akui Risau Dengan ‘Feedback’ Netizen – ‘Orang Tahu Saya Macam Mana’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin akui risau memberi pandangan atau peringatan berkaitan agama di media sosial ekoran personalitinya yang disifatkan kasar.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syatilla Melvin Balik Kampung Naik ETS, Bagi Anak-Anak Pengalaman Baru – ‘Artis Yang Humble’

    Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Kurangkan ‘Live’ Berniaga Di TikTok – Bahagia Sangat, Masa Rasa Lebih Panjang’

    Peringatan solat

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, dilihat membuat ciapan mengenai tugasan utama seorang muslim.

    Pekerjaan sebenar manusia di dunia adalah menunggu solat 5 waktu.

    Tidak lama daripada itu, Syatilla akui takut untuk memberi sebarang peringatan secara umum.

    Dalam pada itu, isteri kepada aktor popular, Shaheizy Sam akui teruja dengan maklum balas positif yang diterimanya.

    Saya takut sangat nak tulis di media sosial tentang solat, kebaikan dan peringatan untuk semua.

    Orang tahu personaliti saya macam mana. Tapi saya dapat maklum balas yang positif dan luar biasa.

    Saya langsung tak pandai susun ayat elok-elok untuk bercakap, Sam selalu kondem saya.

    Berkongsi lebih lanjut, Syatilla akui banyak memaksa diri agar menjadi Muslim yang lebih baik setiap hari.

    Tapi saya cuba untuk tulis peringatan ikhlas untuk semua. Saya jauh sekali dari orang-orang soleh, tapi hari-hari paksa diri jadi orang baik.

    Betul-betul paksa, tak tipu. Mungkin Threads ini boleh jadi lubuk pahala bersama.

    Sumber: Threads @samtilla

    MENARIK:  [VIDEO] Rutin Malam Intan Najuwa Raih Perhatian, Siap ‘Curl’ Rambut Untuk Tidur – ‘Ada Lah Dalam 3 Ke 4 Jam’

    The post Syatilla Melvin Beri Peringatan Tentang Solat, Akui Risau Dengan ‘Feedback’ Netizen – ‘Orang Tahu Saya Macam Mana’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah