27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu Tegur Sumber Pendapatan, Reaksi Mas Khan Dibanjiri Nasihat – ‘Sekali Sekala Makan Duit Haram’

    Shopee Sale

    Pelakon Mas Khan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila dilihat seakan tidak terkesan dengan pendapatan yang dipercayai diperoleh daripada sumber haram.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Buat Silap Besar..Terlalu Cepat Menilai Orang Dari Luaran, Aku Pandang Rendah Dekat Dia’ – Mas Khan

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selepas 5 Bulan Kahwin, Mas Khan Hadiahkan Isteri Beg ‘Makeup’ Louis Vuitton Cecah RM6.5K

    Tak kisah makan duit haram

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Mas Khan atau nama penuhnya Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, meluahkan rasa syukur atas kesenangan hidup yang dikecapinya hasil usaha dan titik peluh sendiri.

    Tambah Mas Khan, segala yang dimilikinya hari ini merupakan impian yang telah lama disimpan.

    Dulu semua ini cuma angan-angan.

    Aku selalu bayangkan satu hari aku dapat duduk rumah jenis banglo, ada kolam renang dan ada kereta mahal.

    Ramai nampak impian itu terlalu besar tapi aku tak pernah berhenti bekerja keras walaupun penat, gagal atau lambat.

    Hari ini satu demi satu Allah izinkan jadi kenyataan.

    Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi apabila terdapat individu meninggalkan komen berbaur teguran yang menyifatkan aktiviti ‘trading’ merupakan sumber pendapatan haram.

    MENARIK:  Konsert Kasih Kekasih Inteam Dipindahkan Ke Lokasi Lebih Besar, Tarikh Ditunda Ke 28 September

    Bagaimanapun, reaksi pelakon berusia 31 tahun itu disifatkan seolah-olah mendongak langit sehingga mengundang pelbagai teguran dan nasihat daripada netizen di ruangan komen.

    Sekali sekala makan duit haram.

    Nasihat netizen

    Sumber: TikTok @therealmaskhan

    The post Individu Tegur Sumber Pendapatan, Reaksi Mas Khan Dibanjiri Nasihat – ‘Sekali Sekala Makan Duit Haram’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah