24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘No Wedding, Tak Ada Kahwin..Jangan Kacau Saya’ – Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

    Shopee Sale



    Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta orang ramai supaya menghormati privasi mengenai dirinya.

    ‘Jangan kacau saya’

    Menerusi perkongsian di Instagram, Tengku Hassanal berkata bahawa soal perkahwinan harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai.

    Bagaimanapun baginda meluahkan rasa syukur dan menghargai keprihatinan rakyat yang berminat untuk mengetahui tentang kehidupan peribadinya.

    Sebagai seorang putera raja dan pewaris takhta negeri, saya amat menghargai keprihatinan dan rasa ingin tahu yang ditunjukkan orang ramai terhadap kehidupan peribadi saya.

    Saya memohon supaya keputusan berhubung hal peribadi dan privasi mengenai perkahwinan saya pada masa akan datang, dihormati. Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya.

    Dalam pada itu, Tengku Hassanal berkata baginda kini komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negara selain menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Terima Kasih Layan Abah & Umi’ – Ibu Kongsi Momen Menyentuh Hati Sebelum Imran Bard Ke Kanada

    Bagaimanapun, dalam perkongsian di Instagram Story (IG Story), Tengku Hassanal menafikan bahawa baginda bakal berkahwin dalam masa terdekat ini

    No Wedding, takde (tak ada) kahwin” dan “Jangan kacau saya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah