Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki yang dikenali sebagai Muzaha tampil menegur berkaitan trend ‘Jamilah’ yang sedang hangat diperkatakan.
Artikel Berkaitan: ‘Konten Kau Apa? Baring Atas Katil Macam Sotong’ – Tareq Fit Dakwa Que Haidar ‘Lapar’ Perhatian?
Artikel Berkaitan: Isa Khan Anggap Konten ‘Jamilah’ Mengarut & Memalukan Agama – ‘Bini Orang Menggatal, Komen Tak Senonoh’
Trend memalukan bangsa & agama
Menerusi sebuah klip video di Tiktok, Muzaha menyifatkan lelaki yang mengikuti trend tersebut sebagai memalukan bangsa dan agama.
Trend Jamilah ni memalukan bangsa dan agama.
Bila aku tengok lelaki buat, sumpah cringe nak mamp*s. Kebanyakan yang buat trend ni, nak ‘thirst trap’.
Katanya, ramai yang menggunakan trend tersebut untuk menayangkan bahagian tubuh badan demi meraih perhatian.
Menjaga maruah dan kehormatan diri

Dalam pada itu, Muzaha turut menegur segelintir kaum wanita yang dikatakan terlalu memberi reaksi yang melebih dan meninggalkan komen berunsur menggoda di ruangan hantaran tersebut.
Susulan daripada itu, dia menegur wanita yang beragama Islam agar menjaga maruah dan kehormatan diri.
Ada perempuan beragama Islam, bertudung, tengok trend tu cair.
Nabi Muhammad S.A.W menaikkan darjat kaum wanita setinggi-tingginya, korang tolak sebab nak ikut trend
The reason your value as a woman has a place dekat dunia ni sebab Rasulullah S.A.W bertungkus lumus menaikkan darjat kau sebagai wanita.
Tapi kau buang tepi semata-mata nak viral, untuk marketing bod*h tu.
Dalam hantaran yang sama, dia turut menasihatkan para lelaki agar berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.
Kepada para lelaki yang sedang mencari jodoh untuk dijadikan seorang isteri, kalau dia komen dekat posting bod*h ni, kau jangan kahwin dengan dia. Sebab dia tak perempuan yang tak pandai malu.
Dan kalau kau bini orang pula, kasihan dekat suami kau. Penat bekerja dekat luar, dapat perempuan macam kau, yang tak pandai jaga mata dan kehormatan diri.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Trend Jamilah’ Didakwa Memalukan, Pempengaruh Nasihat Wanita Jaga Maruah first appeared on OHBULAN!.





