Pelakon Sweet Qismina mengakui belum berhasrat untuk mendapatkan anak melalui kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bersama suaminya, Adam Lee.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Satu Kesalahan Saya Teman Adam Bekerja’ – Sweet Qismina
Artikel Berkaitan: Adam Lee Respon Peminat Kata Rugi Sweet Qismina Potong Rambut Pendek – ‘Saya Suami Dia, Saya Suka’
Belum lagi

Ketika ditemui , pemilik nama Farhanna Qismina Supandi, 28, berkata dia tidak terburu-buru untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat kerana usia perkahwinannya yang masih muda.
Saya tidak pernah terfikir nak buat apa-apa rawatan, saya masih baru dalam rumah tangga. Baru tiga tahun dan saya rasa masih baru sangat.
Saya masih muda dan saya akan follow the flow Ada rezeki ada kerana itu semua Allah punya kerja.
Sweet berkata demikian ketika ditemui selepas selesai acara Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Angkasapuri pada malam Sabtu.
Bahagia

Kata pelakon drama Dendam Seorang Madu itu, walaupun masih belum mempunyai rezeki untuk mendapatkan anak namun dia dan suaminya gembira hidup berdua.
Bagaimanapun, Sweet berkata dia enggan menolak sekiranya dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.
Saya gembira sekarang ini mana tahu ada zuriat selepas ini. Apa-apa pun saya dan suami tidak pernah ada tekanan langsung daripada orang luar.
Kami sangat bersyukur keluarga sangat beri semangat doakan yang baik. Rezeki saya tahun ini mana tahu rezeki zuriat pun datang juga tahun ini.
Dalam perkembangan lain, Sweet memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) menerusi filem Babah semalam.
Terdahulu, Adam berkata dia masih belum bercadang untuk menggunakan kaedah tersebut untuk menimang cahaya mata.
Untuk rekod, Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.
The post Sweet Qismina Belum Terfikir Jalani Rawatan IVF – ‘Saya Masih Muda, Baru Dalam Rumah Tangga’ first appeared on OHBULAN!.





