28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek Terlibat Kes Pembunuhan Vina Berjaya Ditangkap Selepas 8 Tahun Melarikan Diri

    Shopee Sale



    Umum mengetahui, filem ‘Vina Sebelum 7 Hari’ merupakan kisah benar mengenai kematian tragis seorang remaja wanita, Vina Cirebon, 16, di Indonesia apabila diperkosa dan dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan lelaki.

    Lebih teruk, kejadian itu didakwa berpunca daripada perasaan cinta yang tidak dibalas.

    Berjaya ditangkap

    Bagi yang sudah menonton filem ini, kisah Vina bermula pada tahun 2016. Mayat Vina dan Eky ditemui maut di tepi jalan Cirebon, Jawa Barat pada malam Sabtu, 27 Ogos disangkakan kerana kemalangan.

    Namun, kecederaan yang dialami Vina amat parah di bahagian kepala, badan, dan kaki sehingga menimbulkan kecurigaan. Oleh sebab itu, keluarganya membuat laporan polis kerana yakin anak mereka dibunuh.

    Tambahan pula, terdapat saksi yang memaklumkan kejadian itu berkait dengan geng motor. Susulan daripada itu, pihak polis membuka kertas siasatan dan menangkap lapan daripada 11 pelaku berkenaan.

    Terbaru, seorang daripada tiga suspek yang berjaya meloloskan diri sejak lapan tahun lalu iaitu Pegi Setiawan atau Peros berjaya diberkas pihak polis.

    Perong ditangkap pada Selasa malam oleh pegawai polis dari Balai Polis Daerah Jawa Barat di Bandung.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Penuh Beradab & Sopan’ – Netizen Puji Cara Fazura Didik Fatima Bersalaman

    Menurut Pengarah Siasatan Jenayah Polis Daerah Jawa Barat, Kombes Surawan, usaha mereka membuahkan hasil apabila pihaknya berjaya menahan salah seorang DPO bernama Pegi Setiawan atau Perong.

    Dia sudah ditangkap, atas nama Pegi Setiawan.

    Walau bagaimanapun, Surawan tidak mendedahkan kronologi penahanan Pegi.

    Ditahan di Bandung.

    Justeru, terdapat dua lagi pelaku yang masih dikejar pihak berkuasa. Mereka berdua ialah Andi dan Dani.

    Sekadar info, filem Vina sudah ditayangkan di pawagam Malaysia sejak 16 Mei yang lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah