28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Penuh Beradab & Sopan’ – Netizen Puji Cara Fazura Didik Fatima Bersalaman

    Shopee Sale

    Selain pelakon jelita, Fazura yang menjadi tumpuan ramai pada pertunjukan fesyen Jakel Fenomena Raya 2026 semalam, keperibadian anak perempuannya, Nur Fatima Aisha turut mendapat perhatian warganet.

    Artikel Berkaitan: ‘Secara Rasmi Saya Umum Bersara Berlakon Drama, Filem Masih Terima’ – Fazura

    Artikel Berkaitan: Kejutan! Fazura Diumum Sebagai Wajah Kolaborasi Eksklusif Fenomena Raya 2026

    Sopan & beradab

    Menerusi video yang dimuat naik semula di Threads, kelihatan Fatima sedang bersalaman dengan barisan duta jenama fesyen tersebut. Antaranya, Que Haidar, Kamal Adli, Achey dan Cik Epal.

    Tingkah laku Fatima telah membuatkan rata-rata warganet kagum dengan cara didikan Fazura yang dilihat membimbing cahaya matanya itu dengan sopan dan santun ketika bersalaman dengan orang dewasa.

    MasyaAllah, tengok betapa hormatnya Nyama (panggilan nama Fatima). Nyama sangat bijak, tahniah buat kedua orang tuanya, membesarkan anak yang sangat bijak sebegini.

    Penuh adab dan sopan, seperti ibunya.

    Fazura ajar Fatima salam semua orang, adab macam ini menjadikannya seorang artis yang baik. InsyaAllah Fatima akan membesar menjadi anak yang menghormati orang dengan penuh sopan dan santun.

    Untuk info, pelakon filem Gol & Gincu itu telah diumumkan sebagai rakan kolaborasi bagi Koleksi Raya 2026.

    MENARIK:  ‘Ada Terfikir, Kalau Kahwin Tak Dapat Job’ – Syad Mutalib

    Kolaborasi eksklusif bersama pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin itu juga berjaya menjadi antara sorotan utama pada acara tersebut 

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] ‘Penuh Beradab & Sopan’ – Netizen Puji Cara Fazura Didik Fatima Bersalaman first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah