Penyanyi, Sufi Rashid bersedia untuk bersemuka dan menyelesaikan secara baik berhubung isu ‘babysitter’ dengan individu yang pernah dilantik sebagai pengasuh anaknya ketika mereka bercuti di luar negara, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Duet Lagu Ku Akui, Sufi Rashid Hanya Penuhi Permintaan Hafiz Suip – ‘Tiada Niat Nak Overshadow’
Selesai cara baik

Ketika dihubungi , Sufi, 34, berkata, dia juga enggan memanjangkan isu tersebut sehingga terpaksa melantik peguam dan dibawa ke mahkamah.
Saya terbuka sekiranya dia ajak berjumpa dan kita selesaikan secara baik. Pihak saya sendiri tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.
Kalau dia mesej ajak berjumpa di mana-mana, saya okay sahaja. Kita pun sesama Islam, kalau boleh selesaikan lebih elok diselesaikan, elok berdamai. Tidak elok juga menjadi perbualan netizen.
Disoal mengenai kondisi isterinya, Nurulain Md Yusof ketika ini, Sufi menjawab mental dan emosi wanita itu sedikit terganggu.
Bagaimanapun, dia sebagai suami bertanggungjawab untuk melindungi isteri dan anak daripada segala tohmahan tidak benar.
Sudah pasti emosi dia terganggu apabila isu ini menjadi bualan. Ramai serang dia di media sosial. Dia juga sekarang tengah jaga anak.
Apabila dituduh macam-macam, kesian padanya dan anak sulung kami. Kalau semua yang didakwa itu betul, sudah lama kami minta maaf.
Terdahulu, seorang individu berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika dilantik sebagai pengasuh kepada pasangan suami isteri sewaktu bercuti ke luar negara.
Dakwa individu terbabit, dia perlu membuat kerja-kerja selain daripada tugas sebagai pengasuh selain menerima layanan kurang baik.
The post Sufi Rashid Terbuka Selesai Cara Baik Isu ‘Babysitter’ – ‘Kita Sesama Islam, Dia Ajak Jumpa Saya Okay Sahaja’ first appeared on OHBULAN!.





