
Suami kepada penyanyi Zehra Zambri iatu Nur Mohd Iqwan Samsudin difahamkan memberikan kenyataan balas berhubung isu rumah tangga mereka.
Dalam keadaan baik

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Iqwan memuat naik kenyataan difahamkan ditujukan kepada Zehra.
Saya sudah baca artikel tersebut. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya khabar.
Alhamdulillah saya tenang dan sihat atas kehendakNya juga.
Jangan canang kisah
View this post on Instagram
Dalam pada itu, difahamkan Iqwan sebelum ini meminta Zehra untuk tidak mendedahkan hal peribadi mereka dan hanya memfokuskan diri terhadap persembahan di pentas Gegar Vaganza 11.
Sudah saya tegaskan seusai minggu pertama, kisah lama jangan dicanang merata. Biarkan bakat sahaja berbicara.
Ada perkara lain yang saya tidak tahu? Jika ada, saya berhak tahu.
Terdahulu, Zehra menafikan dakwaan rumah tangganya kini sedang bergolak. Menurut Zehra, fotonyo di IG Iqwan telah disimpan di bahagian arkib atau ‘archive’ berikutan tidak selesa dengan dunia seni.
Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.





