26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Suamiku Gay’ – ‘Repost’ Linda Jasmine Raih Perhatian

    Shopee Sale

    Kongsi semula atau ‘repost’ guru tari profesional, Linda Jasmine menyorot perhatian selepas seakan memberi gambaran punca perceraian dengan pelakon Que Haidar.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Melindungi Mereka Daripada Kejahatan’ – Respon Linda Jasmine Selepas Netizen Saran Kembali Bersama Dengan Que Haidar

    Artikel Berkaitan: ‘Tanya Dia Dulu’ – Peminat ‘Throwback’ Que Haidar Suruh Minta Izin Linda Jasmine Sebelum Bergambar

    Suamiku ‘gay’?

    Menerusi ‘repost’ yang dibuat di aplikasi TikTok, Linda dilihat seolah-olah memberi petunjuk mengenai bekas suaminya.

    Hasil tinjauan akaun rasmi milik guru tari profesional berusia 53 tahun itu, terdapat beberapa ‘repost’ mengenai figura seorang suami yang melakukan hubungan songsang.

    Justeru itu, perkara tersebut menarik perhatian warganet yang ingin tahu punca sebenar Linda dan Que bercerai.

    Imbas kembali, Linda tampil memberi respon berkenaan saranan yang memintanya untuk kembali rujuk dengan bekas suami.

    MENARIK:  Farid Kamil Sokong Anak Aktif Sukan Di Usia Muda – ‘Muhammad Main Bola & Permotoran, Aurora Gimnastik & Tenis’

    Bagaimanapun, Linda menjawab ringkas yang menyifatkan keputusannya sebagai salah satu cara daripada melindungi anak-anak daripada kejahatan.

    Anak Linda iaitu Tengku Ratu turut memberi respons terhadap cadangan individu tersebut, yang seolah-olah memberi bayangan ibu bapanya tidak akan kembali bersatu.

    Sekadar info, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mendedahkan dia dan Linda sudah sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun hidup bersama.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13. 

    Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24, hasil perkahwinan terdahulu.

    Sumber: TikTok @linda_ljstudio

    The post ‘Suamiku Gay’ – ‘Repost’ Linda Jasmine Raih Perhatian first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah