Suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, iaitu Ahmad Shah Rizal Ibrahim menafikan dakwaan telah mengambil atau menyembunyikan wang tunai berjumlah RM1.3 juta milik isterinya.
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Susah Untuk Depositkan Balik Wang RM1.3 Juta? Kesian Mami Saya Di Kubur’ – Anak Arwah Pengasas Dnars
Artikel Berkaitan: ‘Dia Bawa Duit Tu Keluar Dari Rumah Dalam Satu Luggage, Depan Mata Kami’ – Anak Arwah Pengasas Dnars
Tidak benar

Ketika ditemui , Ahmad Shah Rizal, 48, berkata tuduhan tersebut bukan sahaja tidak benar malah boleh mengundang salah faham orang ramai.
Menurutnya, wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun bank pentadbir pusaka yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa termasuk dirinya dan anak arwah, Mohamed Aqbar Hakim Jasman selaku pentadbir pusaka sehingga keputusan rasmi dibuat oleh mahkamah.
Wang tersebut ialah hasil usaha bersama saya dan allahyarhamah isteri saya semasa hayatnya. Bahkan, saya sendiri telah secara sukarela mengisytiharkan keberadaannya semasa mesyuarat keluarga selepas pemergiannya.
Sebagai menghormati kelulusan mahkamah yang saya terima, saya telah memindahkan wang RM1.3 juta itu ke dalam akaun bank pentadbir pusaka dalam tempoh empat hari bekerja yang mana akaun bank itu juga dikelolakan oleh saya sendiri dan anak tiri.
Tanggungjawab itu perlu kami laksanakan sehingga pusaka allyarhamah selesai diputuskan oleh mahkamah nanti.
Saya tidak ambil hak anak yatim seperti yang diwar-warkan.
Tanggapan bahasa saya makan harta anak yatim atau melarikan hak anak yatim adalah fitnah dan tohmahan tidak berasas yang mula ditularkan sebelum saya sendiri diberikan perintah rasmi bermeterai mahkamab yang jelas.
Ahmad Shah Rizal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media maklum balas di sebuah kafe yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) pada pagi Jumaat.
Pada masa sama, Ahmad Shah Rizal mengingatkan semua pihak agar jangan membuat kenyataan tidak bertanggungjawab yang boleh memesongkan fakta serta mengganggu proses mahkamah yang masih berjalan.
Pada masa sama, Ahmad Shah Rizal mengingatkan semua pihak agar jangan membuat kenyataan tidak bertanggungjawab yang boleh memesongkan fakta serta menganggu proses mahkamah yang masih berjalan.
Saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang kali kedua atas fitnah dan tuduhan tidak berasas ini bagi mempertahankan nama baik dan reputasi saya daripada terus dicemarkan di media sosial dan media arus perdana.
Untuk makluman, saya telah mengambil tindakan undang-undang saman fitnah terhadap beberapa pihak pada tahun 2022, dan kes tersebut telah selesai bicara.
Sekarang, hanya menunggu keputusan daripada mahkamah yang akan diputuskan pada Januari 2026 nanti.
Langkah yang sama akan sekali lagi diambil bagi menghentikan pihak tertentu daripada terus memanipulasi isu ini sebagai kandungan media sosial untuk kepentingan peribadi dan promosi perniagaan.
Perlu ikut proses

Sementara itu, peguamnya Khairunnasriah Abdul Salam daripada tetuan Zaidah Abdul Salam & Co. berkata proses perundangan pengagihan wang hanya boleh dimulakan selepas selesai pembahagian harta wang sepencarian yang kini masih dalam fasa perbicaraan.
Segala-galanya perlu mengikut proses mahkamah termasuk keputusan berkaitan wang tunai itu.
Kita tunggu hal harta sepencarian selesai barulah isu RM1.3 juta itu diputuskan. Setakat ini mana-mana pihak tidak boleh menyentuhnya.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan Ahmad Shah Rizal, mengemukakan penjelasan bertulis berhubung kegagalan memulangkan wang tunai RM1.3 juta seperti diperintahkan pada 13 Ogos lalu.
Ahmad Shah Rizal mendakwa tidak menerima surat rasmi mengenai arahan tersebut dan menyatakan wang itu masih dalam simpanannya serta belum digunakan.
Imbas kembali, allahyarham Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.
Usahawan itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suami cedera.
Kemalangan tragis yang berlaku pada bulan Ramadan itu ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan.
The post Suami Pengasas Dnars Nafi Ambil RM1.3 Juta – ‘Saya Telah Pindahkan Wang Itu Ke Dalam Akaun Bank Pentadbir Pusaka’ first appeared on OHBULAN!.





