27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Paksa ‘Bersama’ 4 Hari Selepas Bersalin Czer, Wanita Nyaris Hilang Nyawa – ‘Dia Tak Boleh Tunggu, Risau Termakan Luar’

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang wanita hampir kehilangan nyawa selepas dipaksa melakukan hubungan intim oleh suaminya hanya empat hari selepas bersalin secara pembedahan.

    Hampir meragut nyawa

    Sekadar gambar hiasan

    Kisah menyayat hati ini dikongsi oleh seorang doktor, Dr. Christable Akinola, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

    Menurut Dr. Christable, selepas wanita itu melahirkan anak, si suami kerap mendesak untuk melakukan hubungan badan. Meskipun wanita itu menyatakan dia belum bersedia untuk ‘bersama’ memandangkan baru empat hari melahirkan anak, namun si suami tidak mengendahkannya.

    Dia kata dia tak boleh tunggu lama, risau nanti dia ‘makan luar’ untuk puaskan nafsu.

    Demi menjaga hubungan dalam rumah tangganya, wanita itu akur dan menuruti permintaan si suami. Tidak lama selepas itu, wanita terbabit telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan krtikal.

    Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mengalami komplikasi dikenali sebagai Air Embolism (Embolisma Udara) iaitu keadaan di mana udara masuk ke dalam saluran darah melalui faraj yang masih terbuka selepas bersalin.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Tak Perlu Tulis Di Media Sosial Untuk Merendahkan Orang Lain, Saling Menyokong Itu Lebih Bagus’ – Siti Nurhaliza

    Apabila udara tersebut sampai ke paru-paru atau jantung, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami serangan jantung, kegagalan pernafasan, kerosakan otak dan kematian.

    Lebih mengejutkan, lelaki itu dikatakan langsung tidak melawat isterinya di hospital, dengan alasan malu berjumpa dengan doktor.

    Mengambil iktibar daripada kejadian itu, Dr. Christable menyarankan agar para wanita menunggu sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin sebelum kembali melakukan hubungan suami isteri.

    Selain itu, mereka juga perlu memastikan pendarahan telah berhenti dan luka pembedahan pulih sepenuhnya selain tidak mengalami sebarang jangkitan.

    Instagram

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Dr Christabel Akinola | Health | Family | Lifestyle (@drbelswellness)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah