30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tei dakwa Azam Baki pernah halang dia dedah kes Sabah

    Shopee Sale

    Ahli perniagaan kontroversi Albert Tei hadir ke ibu pejabat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi membuat laporan terhadap bekas bekas pesuruhjaya Azam Baki hari ini.

    Dia bagaimanapun tidak meneruskan hasrat itu selepas mendakwa hanya seorang peguamnya dibenarkan mengiringinya, sedangkan dia membawa dua orang peguam.

    "Saya diberitahu bahawa pegawai penyiasat adalah seorang perempuan. Maka, saya membawa seorang peguam perempuan bersama saya sebab ia selesa untuk saya untuk membuat laporan kepada seorang pegawai perempuan jika ada peguam perempuan bersama saya.

    "Jadi, kami minta saya bersama peguam saya (Mahajoth Singh) dan seorang peguam perempuan untuk dibenarkan masuk. Namun, pegawai SPRM menghalang kami. Mereka kata hanya dua orang sahaja dibenarkan.

    "Ini tak masuk akal. Apa salah kalau nak bawa dua peguam bersama. Adakah ia melanggar SOP? Bila kami tanya, pegawai itu kata ia adalah arahan daripada atas," kata Tei kepada pemberita hari ini.

    Sementara itu, Mahajoth memberitahu pihaknya tidak membuat laporan hari ini kerana menunggu surat hitam putih daripada SPRM berkaitan larangan diiring dua peguam.

    “Adakah ini SOP atau arahan daripada atas," katanya.

    Malaysiakini telah menghubungi SPRM dan Azam untuk mendapatkan komen.

    MENARIK:  Bekas suami jadi saksi pernikahan jandanya

    ‘Ada bukti lengkap’

    Sementara itu, dia mendakwa Azam mengugut dan cuba menghalang mendedahkan skandal itu, yang sebelum itu hanya dirujuk sebagai seorang pegawai tinggi.

    Dakwaan dia mempunyai bukti dokumentasi lengkap, merangkumi individu-individu yang mempunyai pengetahuan terus mengenai kejadian itu, rekod perbualan melalui WhatsApp dan platform komunikasi lain dengan pihak-pihak berkaitan.

    Tei mendakwa insiden itu berlaku pada November 2024 ketika dia sedang dalam proses mendedahkan skandal rasuah yang melibatkan 15 orang ahli politik berpangkat tinggi di Sabah.

    "Sebab utama saya tidak melaporkan perkara ini kepada pihak polis atau pihak berkuasa lain pada waktu tersebut adalah kerana saya bimbang akan tindak balas daripada Azam.

    "Pada ketika itu, dia memegang jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang mempunyai pengaruh serta kuasa besar untuk menindas saya. 

    “Kini, selepas 18 bulan berlalu sejak awal November 2024, saya tampil secara terbuka untuk mengesahkan perkara ini demi keadilan dan ketelusan," tambahnya.

    Azam menamatkan khidmatnya di SPRM semalam, setelah pelbagai siri protes daripada pelbagai pihak.

    Pagi ini, Tei turut membuat laporan polis terhadap Azam Baki di ibu pejabat polis daerah (IPD) Putrajaya.

    Malaysiakini telah menghubungi IPD Putrajaya untuk komen.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah