
Penerbit terkenal, Erma Fatima mendedahkan tidak melakukan persiapan raya kerana kekangan masa selain sibuk dengan menyunting drama Keluarga Itu dan juga Bidaah yang sedang ditayangkan di televisyen pada ketika ini.
Tiada masa

Menerusi temu bual bersama , pemilik nama Fatimah Ramad Ali berkata seperti tahun yang lain, dia juga tidak mempunyai masa untuk melakukan persiapan raya.
Tiada persiapan raya, kusut otak ini. Nak kata persiapan, baju pun tidak beli lagi. anak-anak punya baju pun tidak beli sebab saya tengah monitor drama Keluarga Itu dan Bidaah yang tengah naik sekarang.
Sebelum dua-dua drama itu ditayangkan di televisyen, editor kena tunjuk dahulu dengan saya. Saya kena tengok apa yang perlu dikeluarkan, apa yang saya suka dan tidak suka.
Setiap hari kehidupan saya selepas tarawih, kena fokus editing sampai waktu Subuh. Selepas sahur baru dapat tidur.
Tiga tahun berturut-turut

Mengulas lanjut, Erma yang juga penulis skrip berkata perkara ini sudah berlanjutan selama tiga tahun dan ia sangat mengganggu emosinya ketika berpuasa.
Ini telah berlaku selama tiga tahun. Tahun sebelum ini, drama Perempuan itu, Lelaki Itu, Keluarga Itu yang jatuh pada bulan puasa.
Sebab itu saya beritahu mereka (pihak televsiyen) saya dah tidak mahu perkara ini berlaku tahun hadapan. Ia sangat mengganggu emosi berpuasa.
Kalau tidak dahulu, setiap tahun saya punya tugas pada bulan Ramadan adalah saya mengabdikan diri pada keluarga.
Sebut sahaja nak makan apa, saya boleh masak. Tetapi tahun ini boleh kira dengan jari sahaja berapa kali saya masak.





