Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri percaya rezeki tidak akan pernah putus sekiranya seorang suami sentiasa mewahkan isteri serta keluarga tercinta.
Artikel Berkaitan: ‘Tengok Usahawan Muda Berjaya, Saya Tumpang Bangga’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Bakal Lancar Drama Pendek, Angkat Kisah Arwah Bapa – ‘Hebatnya Saya Kerana Doa Orang Tua’
Mewahkan isteri

Menurut Aliff, 39, dia sendiri tidak berkira apabila sanggup berbelanja lebih ratusan ribu ringgit bagi menghadiahkan barang kemas kepada isterinya, Datin Seri Shahida sebagai tanda penghargaan.
Apabila kita mewahkan isteri, mak dan keluarga, insya-Allah rezeki akan datang lebih banyak dan diluaskan lagi.
Saya belikan barang kemas untuk isteri lebih daripada RM100,000. Walaupun saya duta kedai emas Siti Jewels, saya tetap menyokong dan beli untuk isteri.
Tambahan pula Ramadan dan Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi. Kebanyakan suami dapat bonus raya atau bantuan kerajaan, jadi eloklah beli barang kemas untuk isteri.
Aliff berkata demikian ketika ditemui pada acara perarakan bersempena pembukaan kedai emas Siti Jewels cawangan Bangi yang berlangsung di Bukit Bintang, pada Sabtu.
Mengulas mengenai acara berkenaan, Aliff mengakui tidak menyangka sambutan luar biasa orang ramai yang bersorak ketika melihat dirinya diarak menaiki tandu mengelilingi kawasan tersebut.
Saya rasa macam putera raja. Impian nak terkenal satu Bukit Bintang akhirnya tercapai. Perarakan ini diadakan sempena pembukaan cawangan baharu di Bangi.
Seramai 400 orang pelanggan Siti Jewels menaiki bas mengelilingi Kuala Lumpur dan turut serta dalam perarakan ini. Walaupun cuaca panas, tapi satu pengalaman yang sangat menyeronokkan untuk saya.
Sementara itu, Pengasas Siti Jewels, Muhammad Solehuddin Shamsuddin memaklumkan keuntungan syarikat menunjukkan peningkatan ketara sejak Aliff dilantik sebagai duta.
Semenjak perlantikan Datuk, sambutan memang sangat menakjubkan dan luar biasa. KPI jualan bukan sahaja tercapai, malah melebihi jangkaan. Memang berbaloi melantik Datuk sebagai duta.
The post ‘Suami Dapat Bonus Raya, Elok Belikan Isteri Barang Kemas’ – Aliff Syukri Kongsi Keberkatan Mewahkan Keluarga first appeared on OHBULAN!.





