29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ada waktunya suara kita disalaherti, langkah kita dipersoal’

    Shopee Sale

    Pemuda Umno digesa untuk terus mempertahankan prinsip, berani memikul tanggungjawab, dan tidak menyerah kalah dalam menghadapi pelbagai cabaran serta ujian politik.

    Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, perjuangan mereka tidak pernah mudah, namun segala cabaran yang ditempuhi sepanjang 77 tahun penubuhan sayap parti itu menjadi asas dalam membentuk kekuatan serta keteguhan perjuangannya hari ini.

    “Perjuangan Pemuda tidak pernah dijanjikan mudah.

    “Ada waktunya suara kita disalahertikan. Langkah kita dipersoalkan. Kesetiaan kita diuji. Jalan yang dilalui pula sentiasa hadir dengan pelbagai rencam.

    “Namun, daripada segala ujian itulah terbentuknya siapa kita hari ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

    Sambil melampirkan sekeping gambarnya menjulang sebilah keris, Akmal menekankan bahawa perjuangan pergerakan itu tidak pernah dijanjikan mudah.

    “Pemuda tidak dibesarkan oleh kesenangan. Pemuda dibentuk oleh keberanian untuk terus berdiri ketika yang lain memilih berdiam, dan hidup atas kesetiaan untuk terus bertahan ketika perjuangan tidak lagi menjanjikan pujian.

    MENARIK:  Tiada rundingan diplomatik dengan China mengenai Beting Patinggi Ali

    “Saya sentiasa percaya, jika mahu melihat kekuatan sesebuah bangsa, lihatlah kepada anak mudanya. Jika teguh prinsip mereka, jika berani langkah mereka dan jika utuh kesetiaan mereka maka bangsa itu masih punya masa hadapan,” katanya.

    Akmal menambah, sepanjang 77 tahun penubuhannya, Pemuda Umno bukan sekadar penyambung usia parti, sebaliknya memainkan perananan sebagai penyambung nyawa kepada keseluruhan perjuangan berkenaan.

    Justeru, dia mengingatkan seluruh anggota pergerakan itu agar tidak sekadar mewarisi nama parti semata-mata, tetapi turut mewarisi keberanian untuk memikul serta mempertahankannya.

    Mengakhiri perutusan sambutan tersebut, dia menegaskan bahawa biarpun perjalanan yang dilalui tidak pernah mudah, Pemuda Umno tidak pernah dibentuk untuk menyerah kalah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah