28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ahli Farmasi Nasihat Elak Beli Lima Jenis Makanan Di Bazar Ramadan – ‘Nasi Dagang, Ayam Bakar, Sosej & Nugget’

    Shopee Sale

    Seorang ahli farmasi dikenali sebagai Jasmine berkongsi lima jenis makanan yang patut dielakkan daripada dibeli di bazar Ramadan demi menjaga kesihatan.

    Artikel Berkaitan: Wanita Sebak Pak Cik Niaga Jus Buah Di Bazar Tiada Pembeli – ‘Terdengar Dia Hanya Dapat RM20 Saja…’

    Elak Beli Lima Jenis Makanan Di Bazar

    Menerusi hantaran di TikTok, Jasmine menjelaskan bahawa orang ramai perlu berhati-hati ketika membeli juadah berbuka kerana sesetengah hidangan popular di bazar boleh memberi kesan buruk jika diambil secara kerap.

    Menurut Jasmine, minuman manis merupakan antara pilihan yang wajar dielakkan kerana kandungan gula yang tinggi dan tidak diketahui sukatan sebenarnya.

    Ini lima jenis makanan yang patut dielakkan dibeli di bazar Ramadan menurut pandangan saya sebagai ahli farmasi.

    Pertama adalah air manis kerana kita tidak tahu berapa banyak gula digunakan. Jika minum air manis setiap hari, tahu lah gergaji (potong) kaki.

    Selain itu, Jasmine turut menasihatkan supaya elak membeli ayam goreng kerana kebanyakan peniaga menggunakan minyak yang sama berulang kali untuk menggoreng, sekali gus boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam badan.

    Kedua adalah ayam goreng. Minyak yang digunakan biasanya sudah digunakan berkali-kali. Ini boleh menyebabkan tahap LDL atau kolesterol jahat meningkat.

    Sebab itu tidak mustahil kita melihat sekarang ramai anak muda sudah mula mengambil ubat kolesterol.

    Dalam masa sama, Jasmine turut menyentuh mengenai ayam bakar yang sering dianggap sebagai pilihan lebih sihat. Namun katanya, bahagian ayam yang terlalu hangus sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.

    Seterusnya adalah ayam bakar. Ramai fikir ia sihat kerana tinggi protein, tetapi jika ada bahagian yang terlalu hangus atau hitam, ia tidak elok dimakan dalam jumlah banyak.

    Jasmine juga mengingatkan orang ramai supaya mengurangkan pengambilan makanan bergoreng yang diproses seperti nugget, sosej dan bebola daging.

    MENARIK:  Sheila Rusly Suka Menantu ‘Request’ Makanan, Sedia Masak Apa Sahaja Permintaan – ‘Saya Suka Tanya Teringin Nak Apa Tak?’

    Menurutnya, makanan jenis itu tergolong dalam kategori makanan diproses yang mengandungi bahan pengawet dan bahan kimia tambahan.

    Keempat adalah makanan goreng seperti nugget, sosej dan bebola goreng. Ini adalah makanan proses dan kita tahu makanan diproses kurang baik kerana mengandungi bahan pengawet serta bahan kimia.

    Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyatakan makanan diproses merupakan antara makanan yang dikaitkan dengan risiko karsinogenik.

    Akhir sekali, Jasmine turut menasihatkan agar orang ramai tidak mengambil terlalu banyak lauk bersantan yang sering dijual di bazar Ramadan.

    Menurutnya, makanan bersantan mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi yang boleh memberi kesan kepada kesihatan jika diambil secara berlebihan.

    Sumber: TikTok

    The post Ahli Farmasi Nasihat Elak Beli Lima Jenis Makanan Di Bazar Ramadan – ‘Nasi Dagang, Ayam Bakar, Sosej & Nugget’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah